GKK Malaysia -IIT Madras Pravartak Jaling Kerjasama membina Kemahiran Digital Belia Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia 23 Mei 2025 - Untuk memperolehi Perkhidmatan latihan profesional dan pensijilan terkemuka, GKK Consultants Sdn Bhd (GKK Malaysia), telah memeterai kerjasama penting dengan badan ”IIT Madras Pravartak Technologies Foundation (IITMPTF)”, sekali gus menjadi syarikat Malaysia pertama yang bergabung tenaga dengan hab inovasi institut teknikal terkemuka dari India.

Jelas Dr Gajendra Balasingham, pengarah urusan GKK Malaysia, “Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi digital telah menyumbang sebanyak 23.5 peratus kepada KDNK pada tahun 2023 Iaitu jumlah RM427.7 bilion. Syarikat masih bergelut untuk mengambil pekerja yang sesuai untuk pengkomputeran awan, AI dan analisis data.
“Selain itu, dengan tarif baru yang dikelurkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat , langkah ini akan memainkan sumbangan besar dalam langkah-langkah penjimatan kos keseluruhan. kerana banyak MNC akan mengambil jalan keluar untuk mengambil lebih ramai rakyat Malaysia dalam organisasi mereka.
"Kerjasama ini adalah tepat pada masanya, dimana ia dirasmikan awal tahun ini, Dengan berdirinya untuk memperkasakan komuniti dengan membangunkan tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan untuk sektor teknologi Malaysia yang sentiasa berkembang pesat. Program ini akan dijalankan di pelbagai institusi pengajian tinggi awam Malaysia melalui pakar industri dengan menggabungkan celik digital sehingga kepada kemahiran teknikal lanjutan.
“Sebagai pemain utama dalam landskap pendidikan teknologi dan ”pengambilan pekerja di Malaysia, GKK Malaysia berbesar hati untuk bekerjasama dengan IITMPTF untuk memajukan industri digital negara.
Perkongsian ini selaras dengan fokus Malaysia Digital pada tadbir urus AI dan keutamaan strategik NAIO, memastikan tenaga kerja kami kekal berdaya saing dalam era gelombang industru 5.0,” jelas Dr Gajendra.
Program pertama ini akan melibatkan 550 pelajar tahun akhir di Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan kerjasama IITMPTF dan rakan ekosistem GKK Malaysia.
Kedua-dua pensyarah dan para-pelajar akan mendapat manfaat daripada latihan komprehensif ini . ia akan meliputi Analisis Data, Pengaturcaraan sistem (Java), Keselamatan Siber dan Pengamal Awan AWS. Inisiatif ini akan memperkasakan bakat yang ada di Malaysia dengan kemahiran berkaitan industri yang diiktiraf di peringkat global dan diperakui oleh badan IITMPTF.
Program-program ini akan disepadukan ke dalam jadual kokurikulum pelajar yang merangkumi bahagian praktikal dan pandangan kepada dunia sebenar. Selepas tamatnya program selama dua tahun, calon akan mempunyai ilmu kemahiran untuk persediaan bekerja. Cara ini dapat membolehkan mereka untuk kemasukan segera bekerja di Malaysia malahan juga di peringkat global.
Ketua pegawai pengetahuan IITMPTF, Encik Balamurali Shankar, berkata, “Perkongsian ini secara tegas akan merapatkan jurang kemahiran dengan menyediakan lebih ramai tenaga kerja profesional dalam bidang teknologi . terutamanya dalam Keselamatan Siber, AI dan Pembelajaran Sistem.
"Para-Pelajar akan menguasai ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai, pengalaman praktikal dan pandangan kerja sebenar melalui sokongan fakulti akademik dan industri. Selain itu, sijil yang diiktiraf di peringkat global yang mereka perolehi juga akan meningkatkan lagi kebolehpasaran mereka, menjadikan bakat mereka sangat dicari di Malaysia dan di peringkat antarabangsa."
Ucapan tahniah, kepada Tuan Yang Terutama B.N. Reddy, pesuruhjaya tinggi India ke Malaysia, Dimaklumkan bahawa GKK Malaysia tepah berjaya mewujudkan rangka kerja untuk mempromosikan kursus lanjutan di Malaysia melalui IITMPTF.
"IITMPTF ialah hab inovasi terkemuka yang terkenal di India. Melalui Kursus lanjutannya ini dalam sistem siberfizikal dan ”domain” teknologi pasti akan meningkatkan daya saing kepada syarikat Malaysia."
Dr Gajendra menyimpulkan, “Satu tinjauan baru-baru ini yang dijalankan oleh ”Randstand Malaysia” dan diterbitkan dalam ”2025 Job Market Outlook & Salary Guide” menunjukkan bahawa 59 peratus syarikat Malaysia mahu meningkatkan jumlah pekerja mereka secara purata 10 hingga 15 peratus tahun ini.
“Bagaimanapun, ramai yang menghadapi masalah cabaran dalam mendapatkan tenaga kerja profesional mahir, terutamanya pakar dalam bidang AI, keselamatan siber dan pembangunan perisian.
"Permintaan untuk tenaga kerja profesional seperti itu telah melonjak, tetapi tenaga kerja negara masih kekurangan kepakaran yang diperlukan untuk memenuhi piawaian industri ini dengan segera. Selain itu juga , ramai tenaga kerja masa kini telah menjadi berlebihan, tidak dapat dilatih semula dengan cukup pantas untuk menampung permintaan dalam bidang , AI, keselamatan siber dan banyak lagi aplikasi teknologi baharu."
Maklumat Latar Belakang:
Ditubuhkan pada 2011, GKK Malaysia ialah sebuah organisasi Malaysia yang memberi tumpuan kepada pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga kerja. Dengan lebih Pengalaman selama sedekad. Syarikat ini terus mencipta penyelesaian pembelajaran berkesan yang disesuaikan dengan industri dan landskap kerjaya yang sedang berkembang pada hari ini.
Untuk perkembangan serantaunya, syarikat ini telah menubuhkan GKK di India pada tahun 2023. Entiti yang berpangkalan di India ini telah berjaya menyokong perkongsian strategik, dengam menawarkan latihan dan penyelesaian tenaga kerja yang disesuaikan dengan pasaran Malaysia, serta memudahkan program imersi global, pertukaran pelajar penempatan antara kedua-dua negara.
Mengenai IIT Madras Pravartak Technologies Foundation (IITMPTF):
Beribu pejabat di Chennai, Tamil Nadu, IITM Pravartak Technologies Foundation (IITMPTF) ialah sebuah Syarikat seksyen 08 menempatkan Hab Inovasi Teknologi pada Sensor, Rangkaian, Penggerak dan Sistem Kawalan (SNACS). Ia komited untuk mengubah sempadan pengetahuan. Ekosistem permulaannya ialah ruang memupuk profesional yang cemerlang dalam menjadi usahawan Inovatif, berbakat. Dengan infrastruktur bertaraf dunia, peralatan dan pengajar berpengalaman, IITMPTF mempunyai segala-galanya untuk ditawarkan dalam Gelombang Industri teknologi 5.0 ini.
IITM Pravartak dibiayai oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Kerajaan India, di bawah Misi Nasional Sistem Siber-Fizikal Antara Disiplin, dan dihoskan sebagai Hab Inovasi Teknologi (TIH) oleh IIT Madras.
NM-ICPS ialah Misi komprehensif yang bertujuan untuk penumpuan sepenuhnya dengan semua pihak berkepentingan dengan mewujudkan hubungan kukuh antara akademik, industri, Kerajaan dan Organisasi Antarabangsa.
Comments
Post a Comment