MAJLIS PENGENALAN RASMI BARISAN SPEAKER, PENAJA & PENEMPIL PAMERAN WEF ASEAN 2025 BERLANGSUNG DENGAN GEMILANG

 KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025 – Seramai lebih 70 tetamu yang terdiri daripada barisan pembicara, penaja, pempamer dan rakan strategik telah menghadiri Majlis Pengenalan Rasmi Barisan Speaker, Penaja & Penempil Pameran sempena Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025), yang berlangsung di The Capsule, Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kuala Lumpur. Ok

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Presiden WEF ASEAN 2025, Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, yang menyampaikan ucapan pembukaan penuh inspirasi. Beliau menekankan bahawa forum ini bukan sekadar pertemuan, tetapi sebuah gerakan untuk memperkasa wanita di peringkat serantau dan antarabangsa, berteraskan solidariti, kepimpinan, dan pembangunan mampan.



Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Dr. Sugumari S. Shanmugam, Pengarah Kanan, Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Kehadiran beliau menyerlahkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan inklusif dan pengarusutamaan gender dalam agenda ekonomi serantau.


WEF ASEAN 2025 akan berlangsung dari 19 hingga 21 Jun 2025 di Dewan Perdana, MITI dan dijangka menjadi medan perkongsian ilmu dan jaringan strategik serantau. Sebanyak 61 Speaker antarabangsa dari lebih 20 buah negara dan 70 Speaker tempatan dari pelbagai latar belakang industri, akademik dan organisasi bukan kerajaan telah disahkan akan menyertai forum ini.



Majlis hari ini turut menyaksikan pengumuman rasmi nama-nama Speaker yang akan mengetengahkan topik-topik seperti kepimpinan wanita, keusahawanan, ekonomi hijau, teknologi digital, ESG serta agenda pembangunan mampan. Turut diumumkan ialah senarai penaja utama dan syarikat pempamer yang akan memeriahkan forum ini.


Selain FGV, Kino Biotech dan Cuckoo Malaysia, antara penaja yang turut menyokong penganjuran ini ialah Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd., syarikat tempatan terkemuka yang komited dalam pembangunan sosial dan pemerkasaan komuniti.


Majlis ini menandakan satu pencapaian penting dalam fasa persiapan akhir menjelang forum WEF ASEAN 2025, dan membuktikan komitmen kolektif untuk memajukan agenda kepimpinan wanita merentas sempadan.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

  www.wefasean.com 

 https://www.wef.org.in/

Comments