Filem Gayong Martabatkan Seni Silat di Malaysia
Kuala Lumpur 28 April 2025 Sejak majlis pelancaran yang berlangsung pada September 2024, Gayong ternyata antara naskhah yang dinantikan peminat peminat-peminat filem tempatan. Apatah lagi, filem berkenaan diinspirasikan daripada kisah Pengasas Silat Gayong, Mahaguru Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR).
Kini, setelah selesai penggambaran yang berlangsung di Kuala Lumpur, Sepang dan Tanjung Sedeli, akhirnya filem Gayong akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 Mei 2025.
“Saya merasakan Gayong tidaklah sekadar filem aksi semata-mata, tetapi ia juga platform untuk mengangkat warisan Melayu ke layar perak.“Apabila menghasilkan filem ini, saya ingin penonton bukan sahaja menikmati aksi yang mendebarkan, tetapi turut merasai jiwa di sebalik setiap gerak dan Langkah serta pengorbanan dalam dunia persilatan,” ujarnya.
Mengenai pembabitannya dalam penerbitan filem Gayong ini, Faisal mengakui menghasilkan sebuah cerita yang diinspirasikan daripada kisah seorang tokoh persilatan terkemuka bukanlah sesuatu yang mudah.
“Sebagai pengasas seni silat Gayong, arwah bukan sahaja seorang pendekar, tetapi guru yang membawa falsafah mendalam tentang ilmu persilatan dan kehidupan.
“Jadi, saya perlu memastikan jalan ceritanya menangkap semangat, perjuangan dan pengorbanan beliau dalam memperjuangkan seni silat Gayong,” ujarnya.
Menurutnya, ia adalah langkah penting bagi memastikan setiap gerakan, teknik, dan falsafah silat dipersembahkan dengan autentik dan penuh penghormatan terhadap warisan tersebut.
“Latihan yang dibuat bukan sekadar mengajar mereka pergerakan asas, tetapi juga membantu pelakon memahami disiplin, struktur gerakan, serta semangat yang terkandung dalam setiap jurus dan langkah Gayong,” ujarnya.
“Secara jujurnya, saya berbesar hati dapat menerajui sebuah filem yang diinspirasikan dari kehidupan satu legasi, satu perjalanan yang menghubungkan sejarah dan semangat juang,” ujarnya.
Jelasnya, mereka telah mula kerja penyelidikan sejak bulan Disember 2023 dan berhubung dengan beberapa pihak untuk mendapatkan nasihat sehingga dipertemukan dengan waris kerabat keluarga ADMAR iaitu Hajah Fadzilah (anak) dan Zubaidah Hussin (cucu).

“Pihak PSSGM sentiasa berhubung dengan kami dalam segala urusan produksi termasuklah memberikan khidmat nasihat dengan menghantar beberapa ahli pertubuhan silat gayong sendiri ke lokasi untuk memastikan aksi persilatan yang dilakukan tidak tersasar dari gerak seni silat gayong itu sendiri,” jelasnya.
Bercerita lebih lanjut mengenai filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Khairul mengakui pihaknya bersedia dengan sebarang cabaran.Jelasnya, pada Mei nanti terdapat begitu banyak filem-filem hebat lain yang turut ditayangkan bulan yang sama, termasuk filem tempatan dan antarabangsa.

“Selaku penerbit eksekutif, pada ada sedikit kerisauan terutama sekali dari segi kutipan. Bagaimanapun saya yakin filem Gayong ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk menarik penonton ke panggung.
“Harapan saya sudah pasti agar Gayong mendapat sambutan luar biasa dan saya yakin filem ini dapat membangkitkan semangat dan aura kepada mereka yang menontonnya nanti,” ujarnya.
GAYONG merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada sebuah kisah perjalanan hidup Allayarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. Filem ini memaparkan perjalanan hidup ADMAR mempertahankan maruah bangsa di gelanggang pertandingan dan kemudiannya bangkit mempertahankan tanah air keEka diancam oleh penjajah.
PELAKON UTAMA
BETO KUSYAIRY - MEOR ABDUL RAHMAN
NABILA HUDA - CHE SOM
SYAFIE NASWIP - MAT
YAYAN RUHIAN - WAK KUSANG
PENAMPILAN ISTIMEWA
EBBY SAIFUL - PANGLIMA MERAH
NASIR JANI - PENGHULU HARON
PELAKON PEMBANTU
SHANNON WIRATCHAI - WORAWUT
TAKEDA HIROMITSU - YAMADA
ERIC CHEN - MASTER CHAN
WAN RAJA - TALIB
ANAS RIDZUAN - YUNOS
SHAHRUL HAKIMI - MAT RESAD
VINCENT KELLSEY - LT. KOL POPE
DANIEL GAN - TONY
PETER DAVIS - HARRY
Terbitan - SOL PICTURES SDN. BHD.
Cerita Asal - ERIC ONG
Pengarah - FAISAL ISHAK
Skrip - NAZA MANAS
Pengarah fotografi - HARIS HUE
Pengarah Aksi - YAYAN RUHIAN
PenyunMng - HAFEEZ MOHD NOOR
Penerbit Penyelaras - ARMZHENG AHMAD
Penerbit EksekuMf - KHAIRUL ANUAR LATIP
Penerbit - ILHANDY
GJOHAN KASIM
EDY CHANDRA
MULIA HARTONO
HENSON MAX WIDJAJA
ERIC ONG
GARY DU
Pihak penerbitan turut berterima kasih kepada pihak yang memberikan tajaan untuk menjayakan
filem Gayong ini.
Emerald Rock – Dato Faz
Nu-Prep
Concorde Hotel, Shah Alam
Jangan Lepaskan Peluang untuk Saksikan Filem Gayong Pada
8 Mei 2025
ini di Kawasan Panggung Berdekatan dengan tempat anda.
Comments
Post a Comment