Kuala Lumpur 18 Oktober 2024 Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) adalah sebuah organisasi yang diasaskan atas dasar ingin membantu menegakkan hak-hak kemanusiaan. MHO telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan komited memperjuangkan hak-hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak dalam aspek program kemanusiaan dan khidmat guaman.
Pihak MHO telah menerima maklumat dan aduan berkenaan seorang individu wanita yang telah disyaki melakukan penipuan penjualan rumah PRIMA dimana beliau mendakwa bahawa beliau merupakan agen kepada rumah PRIMA dan menawarkan penjualan kepada pengadu-pengadu di kawasan sekitar negeri Kedah.

Individu terbabit turut mengeluarkan surat tawaran kepada pengadu, surat kelulusan pinjaman dan surat yuran guaman yang tertera letterhead PRIMA atau nama penuh Prima Corporation Malaysia. Dokumen-dokumen yang telah diisukan ini adalah dipercayai telahpun dipalsukan untuk memperdaya dan mengaburi pembeli-pembeli rumah tersebut. Individu terbabit turut memalsukan dokumen atau surat kelulusan pinjaman daripada bank-bank lain.
Pengadu-pengadu yang telah membuat pembayaran kepada individu wanita tersebut merasa tertipu dan telah kerugian wang ringgit apabila ianya terbongkar semasa pengadu pergi melihat rumah yang dibeli dan mendapati terdapat individu lain tinggal di sana dan menyatakan beliau merupakan tuan rumah tersebut.

Justeru itu, pihak kami akan membantu pengadu-pengadu supaya kes yang dilaporkan ini disiasat dan diambil tindakan segera. Pihak kami juga berharap mangsamangsa lain akan turut tampil mendedahkan kes penjualan rumah PRIMA tersebut. Dengan pendedahan yang dibuat ini pihak kami berharap masyarakat diluar sana peka dan tidak lagi menjadi mangsa terhadap kes seperti ini.
Surat-surat Dokumen Peejanjian dan Surat Aduan kepada pihak Polis
Comments
Post a Comment