GPMS perjelaskan tentang Persidangan Agung Tahunan (PAT) GPMS pada tahun ini tiada isu dalaman pergolakkan yang berlaku.


Kuala Lumpur 2 Oktober 2024 Pertubuhan Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) telah mengadakan Sidang Media mengenai gerak kerja GPMS dan beberapa perkara mengenai berhubung Persidangan Agung Tahunan (PAT) GPMS yang Insyallah bakal diadakan pada tahun ini di Negeri Pahang.


Mesyuarat sebentar tadi juga turut membincangkan berkenaan saranan daripada pihak Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) supaya mengadakan Pemilihan Jawatankuasa Majlis Tertinggi GPMS di dalam Persidangan Agung Tahunan kali ini dan juga permintaan Persidangan Agung Khas (PAK) GPMS daripada GPMS Negeri-Negeri.


Di kesempatan ini juga, saya ingin menjelaskan bahawa, Fasal 15.1 Perlembagaan GPMS memperuntukkan bahawa tempoh pegangan jawatan Majlis Tertinggi GPMS adalah selama 3 tahun daripada tarikh pemilihan.


Namun begitu, mesyuarat sebentar tadi telah memutuskan supaya GPMS terus berpegang teguh dengan Perlembagaan GPMS dan tidak akan sama sekali membelakangi saranan daripada pihak ROY. Dengan itu, Pejabat Setiausaha Agung GPMS dalam masa terdekat akan sentiasa merujuk kepada ROY dalam mendapatkan nasihat dan saranan dalam proses GPMSVmengadakan PAT dan/atau PAK dalam masa terdekat.


Kami ingin menegaskan bahawa GPMS tidak bergolak sebagaimana khabar angin yang tersebar. GPMS bertekad untuk meneruskan agenda memperkasakan pendidikan anak-anak Melayu selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Comments