Pelancaran Filem Miftah Alam bakal Ditayangkan Pada 19 September ini

Hulu Kelang 18 September 2024, Pelancaran Filem Miftah telah diadakan di Dewan P.Ramle Finas Hulu Kelang. Ia diahadiri oleh Para Pengamal Media dan Para Jemputan.

Sebelum Pelancaran ucapan pendahuluan telah disampaikan Penerbit filem Miftah Alam Oleh, Encik Adnan Yajid dan Ridzuan Shah Isa. Beliau berharap semoga karya hasil buah tangannya mendapat tempat di hati penonton. 


Filem ini akan ditayangkan di 30 Pawagam menerusi skim Wajid Tayang. Beliau berharap filem ini mendapat sokongan dari Penonton dan diterima dihati masyarakat. Beliau berharap paling ok pun ia mampu mendapat 1 Juta Kutipan. Kerana Klau dikiutkan Kos sebenar pun hampir 1 Juta juga untuk filem ini. 


Filem Miftah Alam adalah hasil karya filem pertama encik Ridzuan Shah dan Adnan Yajid. Hasil karya ini penuh dengan pengajaran berguna untuk masayarakat dan boleh ditonton untuk seisi keluarga tanpa mengira bangsa.


Ketika Sidang Media Jelas  Encik Ridzuan Shah "Kami berhasrat untuk terbitkan Miftah Alam 2 dan pelbagai lagi filem menarik, jika Filem Miftah Alam ini berjaya dalam tayangannya di Pawagam dan mendapat lebih dana. 


Menurut Aidil pula selaku Pengarah dan sebagai penulis Skrip untuk filem ini. Filem Miftah Alam ini adalah menggambarkan realiti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.


 "Miftah bermaksud Kunci dalam bahasa Arab. Ia merujuk kepada kunci utama dalam cerita ini melibatkan persengketaan kerana keegiaan yang menguasai manusia ,sehingga inginkan sesuatu menjadi hak beliau sanggup melakukan apa sahaja kejahatan asalkan dapat memuaskan nafsu dan jiwanya. Untuk mengetahui lebih lanjut jalan cerita yang menarik ini ,Anda perlu menontonnya di pawagam bermula 19 September 2024 ini. 

 

Jelas encik Aidil lagi, Ia turut memberi kebebasan kepada untuk menghidupkna watak watak mereka. Ideal, kreativiti dan cadangan dari para pelakon juga diterima pakai penting untuk gerakkan Jalan Cerita bersama. 


Pengambaran Filem Miftah Alam ini dijalankan di beberapa Lokasi penting seperti Jengka, Ulu Yam dan Kuala Lumpur. Pengambaran dilakukan pada Bulan Mei Tahun 2023 lepas. Alhamdulilah di sepanjang pengambaran selama lebih Sebulan tiada berlaku insiden mistik dan kejadian tak diingini. 


Sinopsis Ringkas Jalan Cerita

Filem Miftah Alam mengisahkan tentang 4 sahabat baik bernama Adam (Zam Azmi), Zera (Zera Haris), Hawa (Eyka A. Rahim) dan Iman ( Takiyudin Bakar). Mereka berempat berkawan sejak persekolahan sehingga meningkat dewasa. 

Seringkali sebenarnya Eyka yang memegang watak sebagai Hawa sebenarnya mempunyai perasaan cinta terhadap Adam, namun tidak pernah meluahkan perasaanya. Namun Zera pula secara jelas berusaha memenangi hati Adam menggunakan beberapa pendekatan yang mistik. 

Perwatakkan Zera yang selama ini nampak ceria,  Sebenarnya telah menggunakan ilmu hitam yang beliau beeusaha pelajari dari seseorang bernama "Bonda. Dengan keegoan dan kuasa ilmu hitam yang dimiliki oleh "Zera. Beliau cuba untuk mendapatkan Adam, dan apa yang diinginkan beliau. Kerana disebabkan nafsu dan ego beliau telah salah gunakan kearah kejahatan. Jadi apakah kesudahan yang berlaku kepada Adam, Hawa dan Iman dalam filem ini.

untuk mengetahui lebih lanjut Filem Miftah Alam ini, Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton di Pawagam Seluruh Malaysia pada.

19 September 2024


Trailer Filem Miftah Alam










Comments