Kejayaan Tayangan Gala The Greatest of All Time (G.O.A.T) oleh Fivestar Trading & Veedu Production Menarik Kepelbagaian Kaum di Malaysia

Kuala Lumpur, 11 September 2024 - The Greatest of All Time, G.O.A.T, dibintangi oleh Thalapathy Vijay, aktor aksi yang terkenal dan diarahkan oleh Venkat Prabhu, mengadakan Tayangan Gala di GSC Lalaport BBCC pada 5 September 2024.

Filem yang diedarkan oleh Fivestar Trading (FST) & Veedu Production itu menyaksikan kehadiran tetamu dari latar belakang berbeza dengan menampilkan sari kata dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan penonton dari pelbagai pelbagai bangsa.

Sambutan dimulakan dengan pelbagai acara yang meriah, mewujudkan suasana yang harmoni kehadiran penonton dari pelbagai kaum.. Selain itu, beberapa tetamu memilih pakaian yang diilhamkan oleh watak filem Thalapathy Vijay, menambah sentuhan unik pada acara tersebut.

Keterujaan terserlah apabila peminat berkumpul untuk meraikan acara sinematik ini.Majlis ini telah diserikan oleh YB Datuk Seri Dr. M. Saravanan, Ahli Parlimen Tapah dan Timbalan Presiden MIC, dan Datuk T. Mohan, Presiden Yayasan Sukan dan Kebudayaan India Malaysia dan Bekas Senator. Orang kenamaan lain yang hadir termasuk Dato Sri G, dan Aaron Aziz seorang pelakon terkenal, mencerminkan sokongan yang telah dibina FST selama bertahun-tahun berada dalam pengedaran pawagam.

Tayangan Gala filem G.O.A.T, bermula pada jam 8:30 malam, dengan dewan pawagam dipenuhi penonton yang tidak sabar untuk menyaksikan filem yang di nanti-nantikan ini. Filem ini menepati jangkaan, memikat penonton dengan naratif yang menarik, persembahan yang mantap dan pelbagai aksi mengagumkan oleh Thalapathy Vijay.

Penonton, yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum di Malaysia mencetuskan suasana harmoni, memberi respon yang baik terhadap filem itu, dengan maklum balas yang positif dalam penyediaani sari kata bahasa Melayu yang lancar.

Acara itu bukan sahaja sebagai perayaan pawagam Tamil tetapi juga sebagai bukti kuasa filem dalam menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang budaya.

“Tayangan ini adalah cerminan budaya kepelbagaian Malaysia. Melihat orang ramai daripada semua kaum berkumpul untuk meraikan Thalapathy Vijay dan menikmati filem ini sungguh mengharukan,” kata Dr Sai Suthan Krishnan, Pengurus Besar Fivestar Trading.

Saksikan Filem G.O.A.T ini kini masih dipawagam seluruh malaysia ia ditayangkan dari 5 September sehingga 9 september lepas telah mendapat kutipan. 

2.3 Juta Untuk 4 hari tayangan.

Rating 8/10

 

Trailer Filem Greatest of all Time

Sehingga hari ini ia masih ditayangkan jangan lepaskan peluang menonton cerita yang penuh Aksi ini 



Comments