Majlis Tayangan Global dan Fiesta Durian Filem Jangan Pandang Belakang 2 Aku tahu Asal Usulmu bakal ditayangkan di 14 buah negara.

METROWEALTH, PJCC , 25 September 2024 – Majlis Pelancaran Tayangan Global & Fiesta Durian Filem Jangan Pandang Belakang 2 Aku Tahu Asal Usulmu... disambut meriah dengan kehadiran Para Media dengan Gimik Pelancaran Di Sebalik Tabir Pembikinan Filem Jangan Pandang Belakang 2 Aku Tahu Asal Usulmu... dan Pelancaran Tayangan Global dimana filem ini bakal ditayangkan di 14 buah negara.

1. Malaysia
2. Singapura 
3. Brunei 
4. Thailand 
5. Indonesia 
6. Cambodia 
7. Phillipine 
8. Vietnam
9. Myanmar
10. Laos
11. Rusia
12. New Zealand
13. Turki
14. Australia


Ia sekaligus mencatatkan rekod Filem Pertama yang ditayangkan bukan sahaja di Asia Tenggara malah di seluruh dunia. 




Majlis ini turut diserikan lagi dengan Fiesta Durian yang disediakan untuk para media dan tetamu sejurus selepas majlis ini tamat.


Menurut penerbit David Teo, selepas kecemerlangan Jangan Pandang Belakang di enam negara di Asia Tenggara, kini beliau ingin mengulangi kejayaan dengan melebarkan sayap filem ini ke seluruh dunia dan seterusnya mengembalikan fenomena filem seram Malaysia. Beliau juga mahu berterima kasih kepada rakan media yang tidak pernah putus asa dalam memberi sokongan kepada beliau sepanjang
pembikinan filem ini dari proses awal sehingga kini. David Teo turut menambah, beliau berharap agar sokongan dari pihak media berterusan agar mampu menarik lebih ramai penonton ke pawagam pada 21 NOVEMBER 2024 nanti.


Sebagai makluman, filem Jangan Pandang Belakang 2 ini dibarisi oleh Pelakon EMMA MAEMBONG, IEDIL DZUHRIE ALAUDIN, MAWAR RASHID, ALIF HADI, KHATIJAH TAN, RUMINAH SIDEK, HAFIDZUDDIN FAZIL, CAT FARISH, KEL NARINA dan ramai lagi.


Filem ini merupakan kisah kesinambungan saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk
didampingi. Namun, ada sesuatu yang lain pp menghalang dan membawa kepada pelbagai kejadian menyeramkan.


Dalam perkembangan lain, Metrowealth International Group (MIG) juga telah siap penggambaran dan menunggu tarikh tayangan bagi DUA (2) FILEM lain iaitu, DAJAL (SATU MALAM DIPEDAJAL) dan CITRA APARTMENT yang bakal menemui penonton pada tahun 2025.



Trailer Filem Jangan Pandang Belakang 2


Comments