PRUBSN LANCAR PELAN TAKAFUL PRUBSN ANUGERAHMAX SERENDAH RM50 SEBULAN
KUALA LUMPUR, 3 September, 2024 – PruBSN melancarkan PruBSN AnugerahMax, sebuah pelan takaful baharu yang komprehensif, dengan perlindungan menyeluruh, bermula serendah RM50 setiap bulan selepas kejayaan produk PruBSN Anugerah dan PruBSN AnugerahPlus sebelum ini bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.
Beliau berkata, ia memandangkan lebih 700 kanak-kanak di Malaysia di bawah 15 tahun dikenal pasti menghidap kanser setiap tahun, sementara 70% golongan muda di Malaysia antara umur 15-24 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu risiko penyakit kardiovaskular.
“Penyakit-penyakit kronik boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia. Statistik ini amat membimbangkan, disusuli dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan peribadi yang dijangka akan berganda menjelang tahun 2028,” katanya.
“Matlamat dan tanggungjawab ini sangat dekat di hati saya sendiri sebagai ibu bapa yang mahukan terbaik untuk masa depan anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita semestinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak khususnya dalam memastikan mereka mendapat perlindungan serta jaminan masa depan yang lebih baik,” tambahnya lagi.
Manakala penambahan rider Crisis TotalCare pula melanjutkan perlindungan kepada 166 penyakit kritikal, dari peringkat awal hingga akhir, termasuk beberapa kondisi kesihatan mental.
Ciri pelanjutan-auto pula akan memastikan perlindungan berterusan, dengan melanjutkan perlindungan secara automatik sehingga umur 100 tahun, tanpa perlu melalui proses pengunderaitan yang baru yang membolehkan ibu bapa tidak perlu bimbang berikutan perlindungan untuk anak-anak mereka akan berterusan seiring peningkatan usia.
Ini bukan sahaja menggalakkan kecemerlangan akademik, tetapi juga menyediakan ganjaran tunai yang boleh dilaburkan semula untuk keperluan Pendidikan dan masa depan.
Untuk rekod, bagi keseluruhan siri produk PruBSN, lebih 400 individu telah mendapat perlindungan berjumlah RM 15 juta dengan jumlah tuntutan yang telah dibayar kira-kira hampir RM 1 bilion.
Comments
Post a Comment