Pengalaman Analisis Kestabilan Kaki di Cawangan Kedua Pusat Penjagaan Kaki Di Sunfeet Cheras Selatan

 Cheras Selatan, Seri Kembangan 5 Mei 2023 Pusat Penjagaan Kaki Sunfeet telah mengadakan sesi khas bersama dengan Pengamal Media dan "Influencer" mengenai Pusat Rawatan Penjagaan Kaki Sunfeet di Pusat komersial Akasia . Pusat Penjagaan kaki ini menwarkan pelbagai rawatan untuk masalah kaki yang kebiasaan dan serius. Pusat Penjagaan Kaki Sunfeet ini memiliki beberapa pakar doktor dalam bidang ini. 


Baru baru ini saya berpeluang mendapatkan Analisis tentang Kaki sendiri. Pembukaan Cawangan pertama adalah di Petaling Jaya . ini adalah Pusat Rawatan Penjagaan Kaki di cawangan kedua di Cheras Selatan.

Di Cawangan Kedua ini terletak di Pusat Komersial Akasia dimana ia mempunyai ruang parkir yang luas untuk pengunjung. Ia juga Strategik berdekatan dengan Lebuhraya utama Balakong dan ke Kajang . Disini juga kemudahan amat mudah. Terdapat pelbagai Kedai untuk minum selepas rawatan . Di Pintu masuk sebelum ke Pusat Penjagaan kaki anda akan ketemu dengan "Starbuck Cofee" . Dari situ anda perlu menaiki Lif ke tingkat 3A. 


Apa yang menarik semasa dianalisis rata rata staff dan doktor memberikan layanan yang amat istimewa untuk tetamu yang hadir. Para doktor dan staff akan memberikan penerangan yang mudah untuk difahami dalam Bahasa Melayu dan "English".





Sampai sahaja anda di pintu masuk utama Pusat Penjagaan Kaki anda akan diperlihatkan dengan Suasana Pusat Rawatan yang menarik. Dimana terdapat susur atur Kasut yang rapi. Masuk di dalamnya dengan suasana yang nyaman anda boleh lihat tersedia juga ruang untuk membuat Kestabilan Kaki .



 Paling Menarik terdapat Ruang  Pameran mengenai Sejarah Penubuhan Pusat Penjagaan Sunfeet yang bermula dari Datuk Dr Edmund kepada bapa beliau sehingga ke generasi seterusnya beliau Dr. Edmund disini. 



Didalam Pusat Penjagaan kaki ini juga tersedia untuk ruang Pengunjung berehat dan mendengar Taklimat serta melihat video tentang kepentingan penjagaan kaki. Ketika itu saya bersama Pengamal Media / Influcer mendengar Taklimat penerangan tentang kepentingan Rawatan Penjagaan kaki disampaikan oleh Dr. Edmund . 


Dr. Edmund memberikan penerangan dengan tekun kepada kami beberapa Tips untuk memahami bertapa pentingnya Rawatan Penjagaan Kaki untuk semua. Penerangan ini amat penting kerana kaki merupakan asas ( foundation) kepada fungsi pergerakan fizikal kita . Beliau juga memberikan pakej Harga Promosi di akhir Taklimat tersebut. 


Tiada penjagaan "Foot alignment" yang tidak sebagaimana sepatutnya boleh memberikan pelbagai kesan kepada keadaan kesihatan kita seperti pergerakan yang terbatas, sakit lutut, kaki menjadi lemah, sakit belakang, sakit tengkuk dan sebagainya.


Antara tips yang diberikan oleh Dr. Edmund di dalam taklimat ini adalah:

 1. Sentiasa membuat pembelian kasut pada waktu tengahari ke petang kerana pada waktu ini kaki kita akan mengembang.

  2. Sentiasa memilih saiz kasut yang besar. Contohnya macam saiz kaki den sebelah kiri adalah 8.0 dan sebelah kanan adalah 7.5. Makanya den perlu membeli kasut pada saiz 8.0


Saya juga diberikan peluang untuk menganalisis kaki sendiri . Disini terdapat beberapa proses untuk kita melihat keputusan kaki yang telah dianalisis. Terdapat satu mesin pengimbas khas di situ kita harus memasukkan kaki kita kedalam mesin pengimbas tersebut untuk dianalisis oleh Doktor pakar. Imbasan untuk kedua kaki ini mengambil masa selama 5 minit . 


Kebanyakkan manusia mempunyai saiz kaki yang berbeza beza dan tidak sama saiz. Selepas keputusan hasil imbasan dicetak seterunya. Dr Edmund akan memberi penjelasan tentang analisis keadaan kaki. Dr. Edmund memberitahu saya selepas dianalisis kaki saya lari dari " Aligment" yang asal dan ia tidak seimbang untuk kestabilan kedua kaki.  Dr. Edmund juga memberi nasihat supaya membuat rawatan penjagaan kaki sentiasa. Dr. Edmund juga memberitahu supaya memilih saiz kasut yang tepat tidak ketat dan longgar kerana ia mampu untuk memberi masalah kepada kaki kita. 


Promosi Sempena Hari Ibu 

Hari ibu akan disambut pada 14 Mei 2023 tidak lama lagi. Jadi jom kita pergi ke pusat rawatan penjagaan kaki sunfeet di Pusat Komersial Akasia ini untuk membawa ibu atau ibu mertua sbab ada banyak promosi akan diberikan kepada ibu ibu sempena Hari ibu ini. 

Sempena hari ibu mei 2023 ini . Sunfeet menawarkan empat (4) jenis promosi iaitu:


Pembelian Satu untuk ibu, satu untuk diri sendiri. Beli 1 dapat RM1000 cash rebate

Satu rawatan khas penjajaran kaki ("foot alignment") percuma untuk semua ibu


Pertandingan disediakan untuk Hadiah Sempena Hari Ibu 


Potongan harga istimewa RM100 off untuk semua OKU, warga emas, pemegang kad pelajar dan ibu tunggal.


Semua Tawaran yang diberikan mempunyai terma dan syarat 

Untuk maklumat lanjut tentang Promosi hari ibu ini. Anda boleh singgah ke media Sosial Sunfeet di link bawah 

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan Promosi Produk Sunfeet dan Perkhidmatan penjagaan kaki ini. 

Ini adalah alamat Cawangan kedua sunfeet di cheras selatan 


Tingkat 3A, Blok E, Pusat Komersial Akasa,

Jalan Akasa,

 Akasa Cheras South,

 43300 Seri Kembangan, Selangor.

 

Number Telefon  :

013-5283939/011-54171939


Waktu Operasi: 

Isnin - Sabtu (10 pagi - 5.30 petang). Tutup pada hari Ahad.


Laman Media Sosial

 

Facebook: https://www.facebook.com/SunfeetCherasSouth

 Instagram: https://www.instagram.com/sunfeetinternational

 Tik Tok: https://www.instagram.com/sunfeetinternational










Comments