PETALING JAYA, 13 MEI 2023 - Festival Kimchi Korea yang
julung kali dianjurkan di Malaysia telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian,
Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea ke-66, En. Chung Hwang-keun bersama
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),
YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani di K PLUS Food Market. Festival
Kimchi Korea tersebut dianjurkan bagi mengukuhkan platform kepada rakyat
Malaysia untuk menikmati pengalaman kebudayaan Korea dan menghayati “gaya hidup
rakyat Korea”.
Festival Kimchi Korea merupakan usahasama di antara pasar
raya Korea berjenama tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia - K PLUS
Food Market dan Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp (aT). aT merupakan
sebuah agensi kerajaan Korea yang mensasarkan untuk mendidik rakyat Malaysia
mengenai kelestarian alam sekitar dan faedah-faedah kesihatan yang didapati
dari produk dan makanan seperti kimchi.

Cawangan aT yang bertapak di Kuala Lumpur sejak Julai 2022
bertujuan untuk menerajui pasaran makanan Halal Korea di Malaysia, khusus untuk
rakyat beragama Islam. Sejak penubuhannya pada 1967, aT telah merangsang
eksport hasil pertanian Korea dengan mengusahakan rangkaian eksport global
untuk mempromosi kerjasama dan menganjurkan acara-acara promosi bersama
pengedar-pengedar luar negara seperti KMT Group, syarikat induk K PLUS Food
Market..

En. Chung Hwang-keun berkata, “Saya, mewakili rakyat Korea,
ingin menyatakan perasaan bangga dan istimewa melihat rakyat Malaysia menikmati
budaya Korea. Ianya membanggakan saya pada hari ini untuk mempamerkan Kimchi
sebagai makanan tradisional yang berdiri megah sejak sekian lama dan kini
menjadi simbol budaya makanan Korea. Pada waktu dahulu, Kimchi dibuat untuk
rakyat Korea mengharungi kondisi musim sejuk melampau dan kini telah menjadi
faktor yang memacu interaksi sosial dan menghimpunkan semua orang untuk
bersama, sama seperti Festival Kimchi Korea ini.”

“Kementerian kami memandang ke hadapan untuk menerapkan
lebih banyak usaha bagi mengukuhkan hubungan antara Korea dan Malaysia melalui
pelbagai pameran makanan yang akan membawa lebih ramai orang untuk bersama.
Dengan Malaysia sebagai hub makanan yang pelbagai, Korea bersedia untuk
mempromosi perkongsian budaya yang sihat melalui makanan sebagai medium untuk
menyatukan orang ramai,” tambah beliau.

Pengerusi dan pengasas KMT Jaya Sdn. Bhd., Datuk Matthew Lee
telah dianugerahkan dengan Anugerah JangBoGo oleh Kementerian Pertanian,
Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar pada November 2022 di atas sumbangan beliau
meningkatkan kesedaran dalam kepentingan produk Halal untuk pasaran pengguna
Islam global. Beliau turut diiktiraf di atas usaha beliau untuk memperoleh
sijil Halal dan mengedar produk-produk makanan Korea di Malaysia.
Datuk Matthew Lee berkata, “Permintaan produk buatan Korea
yang meluas dan meningkat di Malaysia merupakan faktor utama untuk K Plus Food
Market mengimport lebih banyak produk, dengan pengkhususan kepada produk
pertanian dan masakan berstatus halal yang memanfaatkan kesihatan pengguna
dengan pelbagai cara.”
“Initiatif seperti ini merupakan sebab utama saya meneraju
perniagaan pengeksportan produk Korea ke Malaysia. Perkongsian budaya merupakan
satu keperluan, terutama sekali untuk negara yang berbilang kaum. Tetapi yang
paling penting, kami berharap untuk memberi aspirasi kepada rakyat Malaysia
untuk mempunyai komposisi pemakanan yang lebih sihat demi mengurangkan risiko
kepada kesihatan dengan cara yang terbaik dari usaha ini,” tambah beliau.

YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani berkata,
“Kami menghargai inisiatif yang diambil oleh KMT Group dalam membantu
jenama-jenama terkenal Korea yang mempunyai permintaan
tinggi untuk memperoleh sijil Halal, di mana
ianya kriteria yang penting bagi kita di Malaysia. Ini menunjukkan KMT Group
menghormati dan memahami keperluan dan sensitiviti pengguna Islam, yang mana
ianya sebuah langkah yang terpuji.”

Dianjurkan selama dua minggu, Festival Kimchi Korea mempersembahkan
pelbagai aktiviti yang menyeronokkan kepada para pengunjung dari setiap lapisan
umur. Kelas memasak Kimchi dan Bulgogi turut dianjurkan kepada para peserta
untuk mempelajari tentang budaya Korea dan mengasah kemahiran memasak mereka
sambil mengeratkan hubungan bersama ahli keluarga yang belajar bersama. Kepada
anak-anak kecil, aktiviti seperti mencari harta karun, teka nama dan
pertandingan mewarna dianjurkan untuk mendidik mereka tentang resipi dan bahan
masakan Korea. Pada 27 Mei nanti, pertandingan makan akan dianjurkan kepada
penggemar makanan Korea untuk menikmati juadah kegemaran mereka dalam masa yang
terpantas.

Di majlis pelancaran tersebut, selebriti chef Malaysia dan
Duta jenama makanan Korea, Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart, Datuk Dr. Chef
Wan mengacarakan kelas membuat Kimchi dan membuat demonstrasi penyediaan Kimchi
yang disulami dengan pengaruh Malaysia kepada para peserta tempatan. Sebagai
Pakar Pembuat Kimchi yang diiktiraf Akademi Kimchi Seoul, Datuk Dr. Chef Wan
menerangkan faedah-faedah Kimchi dan keperluan rakyat Malaysia untuk
menikmatinya sebagai makanan harian.

Festival Kimchi Korea akan berlangsung dari 12 hingga 21 Mei
2023 di K Plus Food Market, The Curve, Mutiara Damansara. Terdapat pelbagai acara menarik dan jualan produk korea yang berpatutan
Untuk maklumat
lanjut, sila layari
dan
Comments
Post a Comment