KMT GROUP DAN KOREA AGRO-FISHERIES & FOOD TRADE CORPORATION BEKERJASAMA UNTUK MEMAKSIMUMKAN PENGEKSPORTAN MAKANAN KOREA DI MALAYSIA

SHAH ALAM, 13 MEI 2023 - Peneraju pengedar makanan Korea di Malaysia, KMT Group dan Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp (aT), sebuah agensi kerajaan Korea di bawah Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan pengedaran makanan dan produk Korea di Malaysia.

 

Disaksikan oleh Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, En. Chung Hwang-keun, MoU tersebut merupakan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak bagi mengembangkan pengedaran dan penggunaan makanan berasaskan agro Korea di Malaysia melalui inisiatif-inisiatif seperti penghantaran transaksi eksport, maklumat eksport makanan berasaskan agro, penemuan kajian  produk yang menjanjikan peningkatan hasil jualan dan sebagainya. aT mensasarkan untuk menguatkan usaha KMT Group bagi menyediakan kepelbagaian produk makanan Korea di Malaysia.

 

En. Chung Hwang-keun berkata, “Pengukuhan KMT Jaya sebagai peneraju pengedar produk Korea di Malaysia adalah mengagumkan dengan lebih 3,500 jenis produk Korea. Kami mengagumi usaha Datuk Matthew bagi menyediakan tawaran terbaik kami kepada rakyat Malaysia dan mendidik mereka mengenai budaya kami melalui pelbagai kempen dan promosi. Mewakili kerajaan Korea, kami ingin menyatakan rasa bersyukur kami dan kami amat berbangga dengan kepercayaan rakyat Malaysia berikan kepada makanan dan kebudayaan Korea.”

Menteri Pertanian dan hasil makanan juga berucap menyampaikan Amanat dan pesanan kepada pihak KMT Group dan Agro-Fisheries & Food Trade Corporation mengenai kerjasama untuk memajukan industri makanan antara Malaysia dan Korea 

 

Semasa majlis menandatangani MoU berlangsung di gudang KMT Jaya, Korjaya Logistics, En. Chung Hwang-keun diberi lawatan ekslusif di mana beliau melihat prosedur operasi standard (SOP) pengeksportan produk Korea dan etika kerja pekerja Malaysia.

 

Pengasas dan Pengerusi KMT Group, Datuk Matthew Lee berkata, “Majlis menandatangani MoU pada hari ini mengukuhkan komitmen kami dalam membangunkan kerjasama yang teguh di antara KMT Group dan Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp. Dengan perjanjian baru ini, kami mensasarkan untuk menonjolkan Malaysia sebagai pasaran pilihan negara-negara lain bagi menembusi dan mengedarkan produk dan perkhidmatan mereka.”


Kerjasama ini memerlukan KPLUS Food Market - Pasar Raya makanan Korea yang pertama dan terbesar di Malaysia mendapatkan penyelidikan pasaran bertaraf antarabangsa untuk produk-produk Korea yang baru dan sedia ada, pembangunan rangkaian pengedaran, dan pertumbuhan pengkalan data pelanggan berpotensi. Melalui kerjasama strategik ini, KMT Jaya dan aT akan bekerja bersama bagi mencapai objektif-objektif mereka untuk meningkatkan pengeksportan makanan berasaskan agro Korea di Malaysia. Tambahan lagi, inisiatif ini pasti akan menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

 

Mengenai Syarikat KMT Group

Dimulakan oleh pengasas dari Korea dan Pengerusi Kumpulan, Datuk Matthew Lee pada tahun 1994, KMT Group ialah pengedar produk pengguna Korea, yang telah mempelbagaikan perniagaannya kepada makanan dan minuman, kecantikan, kediaman rumah, peruncitan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan.


Comments