KARYA PALING LAMA DALAM SEJARAH DATO' RUSDI BERJAYA MEYIAPKAN FILEM SYAITAN MUNAFIK SELAMA LEBIH 15 TAHUN DAN BAKAL DITAYANGKAN PADA HUJUNG TAHUN INI
Kuala Lumpur 17 Mei 2023 : Pelancaran Filem Syaitan Munafik diadakan dengan jayanya dan gilang gemilang di "Seri Pasific Ballroom, Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur". Buat julung kalinya, Penerbit Filem Syaitan Munafik, Dato' Mohd Rusdi Shair, Pengarah Urusan, Penerbit kepada Syarikat United Nine Creative Sdn. Bhd (UNC) Berjaya menyiapkan Filem ini. Disamping itu juga Dato Mohd Rusdi menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Raya ini disambut dengan penuh kesyukuran dengan beberapa Artis lama dan veteran turut sama hadir .
Majlis Rumah Terbuka Raya ini diadakan untuk meraikan dan
menghargai kakitangan dan pelakon yang terlibat dalam menjayakan Filem Syaitan
Munafik , Barisan para pelakon
dipersembahkan kepada pengamal media dan Para yang hadir pada majlis rumah
terbuka ini. Dengan beberapa para pelakon yang berkualiti dan hebat sekaligus
ia memberi gambaran kehebatan filem ini. Disamping itu Para Pengamal Media juga
turut dapat mempromosikan lagi filem ini. Antara pelakon memegang watak dalam filem Syaitan Munafik adalah Arwah Ashraf Sinclair, Tessa Mariska, Dea Lestari, Ruminah Sidek, Faizal Hussein, Nabil Ahmad, Erry Putra, Airis Yasmin, Dato Jalaluddin Hassan, A.Galak, Ramly Saleh, Maidin.
Barisan pelakon baru juga bakal ditampilkan dalam filem ini
setelah disambung Kembali pengambarannya antaranya adalah Bandi Amuk, Wom UG14,
Reedzwan, ERIN CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah.

Kemudian Acara diserikan lagi dengan persembahan tayangan Teaser
Filem Syaitan Munafik yang berdurasi 5
minit . Kemudian acara seterusnya
menampilkan gimik persembahan 'tribute
song filem' dari penyanyi baru Adia.
Diadakan juga dalam majlis tersebut Penyerahan memorandum persefahaman
kerjasama dari UNC kepada Pengerusi P3K, Dr Noor Haliza Yussoff bagi mencari
Dana untuk mereka yang memerlukan khususnya dalam penjagaan kesihatan.
Dato' Rusdi mempunyai alasan dan jawapan tersendiri. Bila ditanya
kenapa filem ini terperap lebih 15 tahun untuk ditayangkan. Beliau mengatakan
cabaran untuk menyiapkan Kembali filem ini begitu sukar kerana ada beberapa
watak pelakon sebelum ini telah kembali ke Rahmatullah antaranya Asyraf Sinclair dan lain lain . Beliau terpaksa mencari beberapa watak
baru untuk menyambung Kembali pengambaran filem ini untuk disiapkan.
Di dalam wawancara dengan Dato Rusdi beliau berasa
bersyukur dan terharu dengan penghasilan Filem ini, kerana selama ini terlalu
banyak cabaran dan rintangan untuk disiapkan. pembikinan Filem ini ia mengambil
masa yang lama untuk memperbaiki, beberapa kesalahan sebelumnya. Dengan proses
yang teliti kerana ia gabungan semula “Footage” lama kepada kesesuaian grafik yang baru. Untuk menampakkan keserasian
kua;iti warna , video yang tersusun Bukan mudah untuk dilaksanakan , Antara tugasan perlu dibuat adalah “reconstruct”
'restore' terpaksa dilakukan. Untuk menampakkan teknik CGI yang menarik.
Bagi beliau kualiti pembikinan amat penting dalam filem ini,
Supaya ia dapat memberi kepuasan kepada penonton .Walaupun beliau mendapat
banyak reaksi negatif tentang filem beliau terbitkan ini namun ia tidak pernah
putus asa dan memperbaiki kesilapan dan meneruskan usaha untuk menyiapkan filem
ini lebih 15 tahun. Beliau juga yakin Filem ini pastinya ramai yang teruja menunggu
untuk ditayangkan, dan Beliau yakin filem ini akan diterima ramai. Filem ini
juga dijangka bakal ditayangkan Serentak inshaallah pada September atau Oktober 2023 di pawagam
Malaysia,Singapore,Brunei,Indonesia dan FilipIina.
Dato Rusdi akan teruskan usaha bersama pasukannya untuk
menjayakan penghasilan filem ini dan beliau tidak sabar untuk menantikan
tayangan filem Syaitan Munafik kepada orang ramai. Beliau juga kini sedang
rancak menerbitkan sebuah lagi Filem pada masa akan datang. Beliau juga mencadangkan jika filem
ini adalah , Filem paling lama untuk disiapkan beliau bersedia untuk daftarkan Filem
Syaitan Munafik ini dalam “ Malaysia
Guinness Book of Record “ . Sebagai salah satu Sejarah baru yang dicipta . Akhir
kata beliau berharap pihak pengamal media dan orang ramai akan mewawarkan Filem ini
kepada orang ramai. Beliau berharap akan terus Berjaya mengorak Langkah untuk
memastikan Filem ini ditayangkan.
Trailer Filem Syaitan Munafik
Comments
Post a Comment