Rangkuman Tayangan Khas Filem Anwar "The Untold Story" Akan berada di Pawagam 18 Mei ini



 Filem:

Anwar "The Untold Story"

 

Pengarah:

Viva Westi dari Indonesia

 

Genre:

Kisah Benar

 

Pelakon:

 Farid Kamil Zahari, Hasnul Rahmat,Acha Septriasa, Piet Pagau, Dewi Irawan

 

Penerbit:

Yusrych Global Sdn Bhd 
&
DMY Creation 

 

Pawagam:

Seluruh Malaysia

 

Tarikh Tayangan:

18 Mei 2023

 

Sinopsis:

Filem ini Set masanya ialah dari tahun 1993 hingga September 1998,

Ia mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Anwar Ibrahim melawan rasuah juga dibantu dengan kesetian sang isteri. Filem memfokuskan bagaimana Anwar tegas menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari cukong-cukong besar. Juga bagaimana dia enggan menggunakan wang rakyat untuk membailout syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit. Kerana itu dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Ulasan :

    Anwar "The Untold Story" Merupakan sebuah filem bergenre kisah benar yang tak diceritakan .  Ia akan ditayangkan di Pawagam pada 18 Mac 2023 di seluruh Malaysia GSC, TGV dan lain lain. ini merupakan hasil karya zunar  dan pengarah filem Viva Westi dari Indonesia.

Apa yang menarik tentang filem ini adalah ia menceritakan Kisah Benar yang dilalui oleh Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Kisah ini dibuat sebelum beliau memegang sebagai Perdana Menteri Malsysia lagi. Sbab itu ia terpaksa dibuat oleh pengarah dari Indonesia disebabkan beberapa isu disebabkan masalah kestabilan Politik yang berlaku pada proses penyuntingan Filem ini berlangsung namun tetap dilakukan. Ini juga adalah kisah benar seorang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kisah hidupnya difitnah , ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. 

Seperkara menarik, Farid yang juga pelakon filem ‘pecah panggung’ pada 2017, Tombiruo: menegaskan sesiapa yang mahu memegang watak Anwar dalam filem atau karya lain mestilah membenci, dan memerangi rasuah!

Farid memberikan contoh dirinya sendiri yang menolak rasuah sebanyak RM5 juta daripada seorang oleh ahli politik tidak lama dahulu.

 Pastilah sikap/pendirian sedemikian amat sesuai dan melayakkan Farid memegang watak Anwar untuk ATUS, tetapi beliau bukanlah satu-satunya pelakon yang dipilih. Sebelum beliau, beberapa orang pelakon dari Malaysia dan luar negara telah menolak tawaran berlakon kerana bimbangkan risiko terpaksa dihadapi.

 ATUS yang menelan kos pembiayaan RM10 juta ini bakal memberikan anjakan paradigma, serta menjadi satu penanda aras baharu untuk industri perfileman tanah air.

 Menjalani penggambaran di Indonesia dan Malaysia dengan gabungan dua negara serumpun, termasuk kehadiran gabungan pelakon terkenal, serta pasukan penerbitan membuktkan filem ini mampu menarik semua lapisan masyarakat menontonnya di pawagam.

 Oleh kerana ada yang menganggap ATUS dihasilkan setelah penubuhan Kerajaan Perpaduan, dan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 (PMX), Penerbit Eksekutif ATUS, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Haq, tampil memberikan penjelasan.

  “Sebenarnya, filem ini dihasilkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, dan tidak mengambil kira kerajaan mana yang memerintah. Begitu pun, pelbagai kesukaran dihadapi, termasuk kebimbangan mengenai soal tayangan kalau bukan Pakatan Harapan yang memerintah, dan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri,” jelasnya, yang juga kartunis tersohor sejak 1990-an.


Suasana Latar Filem ini sungguh berkesan dimana beberapa lokasi yang menarik diperlihatkan dalam Filem ini, Antaranya Kediaman rumah Anwar Ibrahim, Di dalam penjara Anwar disorokkan, Pejabat Pemerintahan Kerajaan dan pelbagai lagi. Ia dapat menghidupkan suasana dalam cerita ini seperti keadaan sebenar yang berlaku. Namun Anwar Ibrahim dalam wawancara bersama pengamal media mengatakan keadaan Lokap penjara yang dilaluinya lagi gelap gelita. Namun betul juga klau gelap gelita tak nampak apa jalan cerita yang berlaku ketas Anwar di dalam lokap penjara dimana diperlihatkan beliau dipukul dengan keras dan menderita menahan kesakitan.

Didalam Filem ini cuma ada masalah percakapan dari segi bahasa dimana kebanyakkan dialog ada bunyi bahasa Indonesia. Namun tidak boleh dipertikaikan kerana rata rata pelakon adalah 70% dari Indonesia. Yang patut kita faham adalah maksud dan jalan cerita yang sebenar yang ditonjolkan serta lakonan hebat pelakon pelakon.

Namun Karya ini amat saya banggakan kerana pengarahnya adalah dari Indonesia  dan kajian yang dilakukan beliau mengenai Kisah Benar Anwar Ibrahim mendapat pujian, Apa yang diperlihatkan beliau mencapai 80% kisah benar yang dilalui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Ini adalah salah satu hubungan serumpun bersama yang dapat dipupuk dalam filem ini antara negara malaysia dan Indonesia.  Cara komunikasi pengarah dengan pelakonnya juga amat berkesan dalam melakukan beberapa babak dalam filem ini tiada kejanggalan dilihat. Ia adalah filem yang menarik. Apa yang menarik dalam filem ini ia adalah banyak kelainan berbanding filem yang kebiasaan kita lihat, Ia jarang jarang dihasilkan untuk sebuah filem. Ia dapat memperlihatkan satu perjuangan yang dibawa oleh seorang pemimpin untuk menolak rasuah dan sayangkan rakyatnya .  Jadi untuk melihat lebih lanjut anda jangan lepaskan peluang untuk menontonnya di Pawagam pada 18 Mei 2023 ini. 



Rating 8/10





Comments