Magnet Team 12 orang sahabat Prihatin Bantu Mangsa Banjir Terburuk di Lembah Klang

 


Magnet Team Telah Menyumbang 300 Pes Makanan, 250 Nasi Kandar &. Nasi Ayam Kepada Mangsa Banjir di Lembah Klang 2021.




Tahniah buat kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam misi bantuan banjir besar baru-baru ini yang telah berusaha untuk membantu sedaya upaya yang termampu.

Yang menarik perhatian saya kali ini ialah antara penggerak Magnet Team adalah dari 12 orang sahabat akrab yang digerakkan oleh Puan Seri Nisa Bakri dan rakan-rakan iaitu PS Dato Zainab Kader ,Dato Fatimah Abdul Hamid,Suzimah Hazish,Marina Kenis Tio,Alex Navanith,Sue,Fieda Khalid,Datin Aimi dan Maksu .Bagi Menggerakkan Misi Membantu Mangsa Banjir baru baru ini.







Alhamdulilah sebanyak 300 Pes Makanan sedia dimasak telah disumbangkan kepada mangsa mangsa banjir. 


Yang menarik juga adalahSeorang ahli utama Magnet Team Iaitu PS Dato Zainab Kader yang telah berumur 75 tahun tetap aktif turun padang membantu memberikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Hulu langat Baru baru ini. Kegigihan PS Dato Zainab Kader dalam membantu mangsa banjir amat wajar dicontohi oleh semua anak muda Malaysia agar lebih aktif untuk turut sama membantu mangsa banjir.

 

Magnet Team inisiatif 12 orang sahabat kelompok profesional  ini juga telah menyediakan 

300 pes makanan sedia dimasak untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.





Alhamdulilah Selain itu juga Magnet Team juga telah menyumbang makanan sebanyak 250 bungkus nasi kandar dan nasi ayam untuk diagihkan kepada mangsa banjir. 





Magnet Team menyumbang dalam 250 bungkus  nasi kandar dan nasi ayam kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat disamping menyumbangkan pakaian yang telah disusun mengikut saiz dan jantina kepada mangsa-mangsa banjir yang sangat memerlukan bantuan.





Magnet Team turut menyumbang pelbagai bantuan untuk mangsa banjir melalui pelbagai NGO disamping meneruskan usaha bantuan pasca banjir yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Dengan ini usaha yang dilakukan oleh Magnet Team ini wajar diteladani oleh masyarakat kita bagi mewujudkan lebih ramai lagi “Unsung Heroes” yang mengambil berat dan peduli terhadap kebajikan mereka yang berada dalam kesusahan seperti mangsa-mangsa banjir ini.


Orang ramai yang berminat berkerjasama membantu usaha murni ini bolehlah bersama-sama menyumbang melalui:-


*CIMB Bank*

*8008336625*

*NJB Innari Sdn Bhd*

*Ref: NB Flood Donation*


(Magnet Team)


PS Dato Zainab Kader - suami TS Ibrahim Saad bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Duta ke Filipina


DCP Dato Hajah Fatimah Abdul Hamid - Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan PDRM


Nisa Bakri - team yang menyediakan pes sedia masak melalui NGO dan team magnets pasca banjir yang membantu mangsa banjir dan para sukarelawan


Suzimah hazish - Pengasas & usahawan suzyhoney herbs 


Marina kenis tio - usahawan co.sec business - yang menghantar bot bantuan  selepas banjir di Shah Alam,syarikat beliau membeli terus bot untuk membantu usaha menyelamat mangsa banjir


Alex Navanith - usahawan kilang nenas dan santan - menyediakan bantuan  jus nenas untuk mangsa banjir dan para sukarelawan 


Sue - usahawan restoran , kumpulan yang memasak nasi ayam untuk mangsa banjir dan sukarelawan 


Fieda Khalid- memberi informasi terkini tentang fokus tempat banjir yang memerlukan bantuan  


Datin Aimi dan Maksu - sukarelawan memasak dan menyediakan makanan siap dimakan











Comments