AL IKHSAN SPORT LANCAR BARANGAN RASMI HARIMAU MALAYA EDISI KEDUA

 



                Sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harimau Malaya yang telah memulakan kempen

Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura, semalam, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah mengambil

peluang untuk melancarkan barangan Harimau Malaya edisi Piala AFF Suzuki di Football

Republic, Sunway Pyramid, semalam.





Selain pelancaran barangan berkenaan, majlis menandatangani perjanjian penajaan turut

diadakan selepas ia ditunda pada Ogos lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

dijalankan seluruh negara.





Pelancaran itu dihadiri oleh Wakil Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),

Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundaram, Exco FAM

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM. Dato' Sri Shahril

Mokhtar Setiausaha Agung FAM. Mohd Saifuddin Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Vach Pillutia.



Koleksi terbaharu Harimau Malaya x Al-Ikhsan edisi kedua itu akan mula dijual secara fizikal

di semua cawangan Al-Ikhsan Sports dan Football Republic bermula 7 Disember ini pada

harga RM59 untuk kanak-kanak dan

RM79 untuk dewasa selain

boleh didapati secara dalam

talian menerusi https://www.al-ikhsan.com dan kedai rasmi Shopee Al-Ikhsan Sports













Comments