ANGKASA SUMBANG BARANGAN KEPERLUAN ASAS KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

 


Kuala Lumpur 10 Disember 2021- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia

Berhad (ANGKASA) pada hari ini meneruskan

misi menyantuni masyarakat melalui

program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) COOPCARE ANGKASA Prihatin

COVID-19 dengan menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas

kepada petugas barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysia.



Sumbangan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera yang

merupakan petugas barisan hadapan negara dalam mendepani krisis pandemik

COVID-19 dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus

Dipelihara.  Para anggota tentera yang menerima sumbangan hari ini juga merupakan antara

anggota Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad.




Sebanyak 200 pek sumbangan yang bernilai RM10,000 telah disempurnakan

penyerahannya oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative

Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Pengerusi Koperasi

Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Mejar Jeneral Bersara Dato' Zulkiflee Mazlan di

Wisma Koperasi Tentera, Kuala Lumpur, hari ini.




Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, "Sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh

parajurit kita amat besar dan disanjungi oleh rakyat negara ini. Bukan sahaja kebajikan

anggota harus dijaga malah ahli keluarga mereka perlu turut diberi perhatian kerana risiko

kepada anggota juga amatlah tinggi. Sebagai menghargai jasa mereka. ANGKASA

memberi sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban dalam menempuhi fasa

pandemik yang masih berlarutan."



Sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada bulan Mac 2020. ANGKASA sebagai badan

apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan telah menyantuni lebih 60,000

penerima sumbangan melalui 106 program CSR COOPCARE yang memberi manfaat

barang asas dan kit kesihatan kepada anggota koperasi, golongan asnaf, golongan

berpendapatan rendah (B40) dan miskin bandar, Orang Kurang Upaya (OKU). Ibu tunggal

dan petugas barisan hadapan di seluruh negara.




MENGENAI ANGKASA

 ANGKASA adalah Badan Apeks Gerakan koperasi Malaysia yang diktiraf oleh kerajaan

untuk  menyatukan dan mewakili koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

ANGKASA menjalankan khidmat teras seperti menvediakan khidmat potongan gaji

kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun, kelab,Koperasi, dan kesatuan.




ANGKASA melaksanakan program transformasi perniagaan dan keusahawanan koperasi dalam

sektor perniagaan yang berimpak tinggi seperti Kewangan, Pertanian dan Industri Asas Tani,

Pemborongan dan Peruncitan, Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan,Perladangan, Hartanah

dan Industri Binaan, Inovasi dan Teknologi serta Pembangunan Komuniti.



Sehingga bulan Jun 2021, ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara

yang diiktiraf oleh kerajaan menaungi 14,657 buah koperasi di seluruh negara dengan

keanggotaan individu kira-kira 7.04 juta orang, jumlah modal syerl yuran sebanyak

RM16.3 bilion dan jumlah aset RM152.1 bilion. Perolehan gerakan koperasi mencatat

sebanyak RM41.5 bilion sehingga 31 Disember 2020. (Sumber statistik: Suruhanjaya Koperasi

 Malaysia).







ANGKASA telah menerima pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (1SO 9001:2015), Sistem

Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISO/IEC 27001:2013) dan Sistem Pengurusan Anti-

Bribery (ISO37001:2016). ANGKASA juga telah dianugerahkan Cyber Security

Organization of The Year di bawah kategori Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

(iSMS ISO 2700 1:2013) pada tahun 2015.



Seiring dengan 50 tahun penubuhannya, ANGKASA akan terus memperjuangkan hak

dan kepentingan gerakan koperasi serta komited untuk meneraju dan melaksana inisiatif Matlamat

Pembangunan Mampan (SDG) 2030 agar institusi ini terus berdaya maju dalam menghadapi cabaran

masa hadapan serta berperanan sebagai instrumen pengagihan ekonomi yang adil dan saksama

demi kesejahteraan untuk semua.





Untuk maklumat lanjut mengenai ANGKASA, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan di

talian +603 78007800 atau e-mel kepada apex@angkasa.coop . Anda juga boleh melawati laman web

 kami di http://angkasa.coop  dan berinteraksi dengan kami di akaun rasmi Facebook atau Twitter di

 @ANGKASACoop.





















Comments