FRED ADVANTAGE LANCARKAN JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL (PPUD) MELALUI KINGBLASTER.


 Bertempat di Spices Concorde Hotel Kuala Lumpur.

Satu majlis perasmian bagi melancarkan JELAJAH

PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL (PPUD) telah

pun dianjurkan oleh syarikat milik bumiputera iaitu FRED

ADVANTAGE SDN BHD. Program ini dirasmikan oleh Dato'

Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden Koperasi Angkasa).

Program yang telah dilancarkan ini merupakan satu inisiatif

untuk membantu lebih ramai lagi usahawan di luar sana

mendigitalkan model perniagaan mereka kepada tahap yang

optima.



Menurut pengarah program ini En. Romeyzee Zainuddin
melalui ucapannya , program ini bakal melahirkan lebih
ramai usahawan yang mempunyai ilmu bagaimana untuk
berniaga secara atas talian dengan cara yang lebih efisyen
dan sistematik. Ini kerana syarikat telah pun mengeluarkan
satu produk berjenama KINGBLASTER yang membariskan
12 Aplikasi Digital yang mampu untuk menjimatkan kos
pengiklanan para usahawan atau lebih dikenali dengan"kos
pengiklanan Sifar". Pelbagai kerjasama strategik yang
melibatkan pihak seperti Koperasi Angkasa, Yayasan
Keusahawanan Sosial (YKS) dan juga PERDASAMA Selangor
telahpun dijalinkan. la diyakini akan menjadi satu gerakan
besar besaran untuk membawa program ini kepada lebih
ramai usahawan.


Tambah beliau, pelbagai kerjasama strategik yang melibatkan beberapa pihak seperti Koperasi Angkasa, Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS), dan PERDASAMA Selangor telah terjalin. Kerjasama tersebut diyakini akan menjadi satu gerakan besar-besaran untuk membawa Jelajah PPUD kepada lebih ramai usahawan. Perjanjian Tandatangan MOU telah berjaya dilakukan dalam acara tersebut untuk membina kesatuan usahawan digital yang lebih kukuh. 



Menurut beliau lagi, semua usahawan yang terlibat akan
dibimbing oleh pihak syarikat dengan MODUL USAHAWAN
DIGITAL. Proses pembelajaran adalah secara ONLINE dan
ianya adalah secara sistematik oleh tenaga pengajar yang
terlatih dan berpengalaman.


Turut berucap pada majlis ini adalah Dr. Ammar Hassan
selaku Pengerusi Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS)
telahpun menyatakan kesediaan pihak yayasan untuk sama
sama menyusun strategi dan juga perlaksanaan program ini.
Pihak yayasan telahpun setuju untuk menjadi rakan strategik
bagi perlaksanaan program ini.
Pada ucapan yang berikutnya En Shahrul Nizam Hassan
selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas kepada
syarikattelahpun menerangkan bahawa dengan terciptanya
produk KINGBLASTER 12 aplikasi dalam 1 jenama , kini
usahawan tidak perlu lagi membelanjakan ribuan ringgit
untuk konsep iklan berbayar yang ditawarkan oleh pelbagai
media sosial. Menurutnya syarikat milik bumiputra ini
telahpun ditubuhkan pada akhir tahun 2019 dan pada 1 April
2021, pihaknya telahpun melancarkan produk
KINGBLASTER ke pasaran Malaysia dan hingga kini terdapat
lebih dari 3,000 usahawan telahpun menggunakan aplikasi
KINGBLASTER dalam usaha mereka untuk melakukan
sebaran info perniagaan mereka secara teratur dan efisyen.
Menurutnya lagi, kini pihak syarikat telahpun menjalinkan
kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan yang
mempunyai produk produk yang bermutu seperti BLACK G,
KRASZ - KMOOD BAYU SIRI dan juga SMARTBiz.
Kerjasama ini adalah untuk menyediakan peluang kepada
mereka diluar sana untuk menjana pendapatan melalui sesi
Mentor-Mentee yang akan turut dijalankan dalam program
JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL
(PPUD).


Turut hadir pada majlis ini adalah wakil dari 2 platform e-
dagang milik anak tempatan Malaysia iaitu platform
EZYSHARE dan juga platform SKYFRON. Kedua dua platform
ini adalah rakan strategik kepada syarikat. Ekosistem yang
telah dibina dianggarkan menelan kos jutaan ringgit ini
diyakini akan dapat menjadi satu tempat untuk usahawan
yang dilahirkan melalui program jelajah usahawan Digital
memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara atas
talian. Dengan platform yang hebat dan juga dibantu oleh 12
aplikasi KINGBLASTER.


Tauke Jambu juga adalah Duta utama bagi Produk Usahawan Digital ini. Beliau turut hadir dan menyampaikan sepatah dua kata untuk memberi kejayaan dan Motivasi bagi menjayakan Perniagaan ini. 





Pada majlis ini juga hadirin turut menyaksikan satu sesi
menandatangani plak simbolik kerjasama diantara rakan
strategikdan juga vendor vendor (mentor-mentee).
Program JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN
DIGITAL (PPUD) ini akan bermula pada Januari 2022 dan
mensasarkan seramai 2220 usahawan dari pelbagai lokasi di
seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.
Para usahawan yang
berminat boleh menghubungi
sekretariat program iaitu Trader di setiap Parlimen di
Malaysiaataupun terus mendaftar di laman sesawang kami
iaituhttps://partner.kingblaster.com/join.
















Comments