MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN DIREKTORI USAHAWAN BUMIPUTERA CHERAS CETUS SATU REVOLUSI BARU PERNIAGAAN MASA KINI DIRASMIKAN OLEH YB DATUK SERI HAJI JALALUDDIN BIN ALIAS TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN.

 


Majlis PerasmianPelamcaran Direkstori Usahawan Bumiputera Cheras telah diadakan pada 5 Disember 2021 bertempat di lokasi Dewan Yayasan Pendidikan Cheras, Pusat Rekreasi Cheras , Jalan Pell , Kuala Lumpur . Telah mengumpulkan lebih 100 orang usahawan penduduk Cheras dari pelbagai perniagaan.



Peserta Usahawan ini menghadiri acara bermula dari awal pagi lagi sehingga tamat program pada pkul 5 petang . Didalam acara tersebut Peserta telah diberi Latihan dan Motivasi oleh pakar pakar perniagaan yang telah memberi tunjuk ajar . 


Di dalam Acara Perasmian ia telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Bin Alias sebagai Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Mahadi Hj Shukor, Pengerusi Kelab Komuniti Sejahtera Cheras, Wakil dari Datuk Bandar Kuala Lumpur, Serta Wakil dari Yayasan Pendidikan Cheras. 


Majlis Perasmian Pelancaran Direktori Usahawan Bumiputera Cheras telah berjaya dilaksanakan. Ini adalah gambar Buku Direktori Usahawan Cheras  yang dilancarkan.


YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan diberi hadiah penghargaan diatas kejayaan perasmian pelancaran ini.





Acara seterusnya YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan melawat gerai gerai Usahawan yang dibuka disitu untuk memberi kata kata semangat diatas usaha kejayaan mereka. 



Antara gerai Usahawan Muda dimana adik ini baru berumur 20 tahun kebawah telah berjaya menjadi uasahawan yang berjaya dengan menjual 1000 bekas produknya. Beliau menggunakan kaedah online untuk pemasaran Produk beliau. 




YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan turut menegaskan program usahawan digital di cheras ini akan menjadi contoh kepada lokasi ditempat yang lain untuk bersama melaksanakan program seperti ini pada masa akan datang. Dengan adanya program ini ia mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dan berdaya saing. Program akhirnya beransur tamat pada pukul 5 petang. 


























 

Comments