PELANCARAN "PROGRAM CARE KANAK-KANAK KANSER CAKE" PENUH BERMAKNA DENGAN KERJASAMA AJWA BAKERY & AFINA CHARITY CIRCLE
Kota Damansara, 4 Oktober 2025 - Ajwa Bakery dengan kerjasama Adina Charity Circle telah mengadakan pelancaran Program diberi nama ”Care Cake”, Ia adalah program membantu kepada Kanak-Kanak yang menghidapi Kanser tahap kronik, Melalui pembelian Produk Ajwa Bakery terbaru iaitu Marbeles Series (marbles with cheese cake),simbolik kepada harapan dan kasih sayang dapat membantu mereka. Inisiatif khas kolaborasi ini dapat membantu meringankan beban tangungan Kos yang tinggi untuk rawatan mereka. Pelancaran ini diadakan bersempena dengan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak Ajwa Bakery dan Adina Charity Circle bagi membantu pesakit Kanser.
Program ini bertujuan dapat menggabungkan antara 2 entiti yang akan membawa harapan yang baru . iaitu dunia Perniagaan dan kebajikan, dimana hasil jualan kek tersebut akan disalurkan terus ke Tabung Kanak-kanak KanserAdina ,dengan Setiap pembelian produk di Ajwa Bakery, sebanyak 30% dari nilai harga akan disumbangkan kepada Pertubuhan Ardina Charity Circle. Dana ini akan digunakan untuk membantu menyediakan keperluan asas seperti lampin pakai buang dan susu bernutrisi bagi anak-anak kecil dan remaja yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Mengikut wawancara wartawan dengan Pengasas Ajwa Bakery, Puan Dahlia Nazmi, beliau percaya perniagaan mampu memberi nilai tambah kepada masyarakat. Melalui Program ”Care Cake”, beliau gembira dan berbesar hati dapat bersama Adina menjadikan setiap potongan kek sebagai hidangan yang membawa harapan baru kepada pesakit kanser."
Video berkenaan Program ”Care Cake”
Manakala ucapan Pengerusi Adina Charity Circle, Puan Nurdieana Mohd Mardzi, menyatakan Program Care Cake ini adalah bukti bahawa kebaikan boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk melalui makanan. Dimana Setiap pembelian bukan hanya memberi rasa manis, tetapi juga menyumbang harapan kepada anak-anak pesakit kanser." Beliau juga menceritakan pengalaman ketika bertemu dengan pesakit kanser kepada wartawan yang hadir . Dimana penceritaan beliau amat menyentuh hati kami, Dimana Pesakit Kanser tepaksa melawan hari hari akhir mereka harapan kasih sayang semua kepada mereka amat diperlukan.
Kisah Menyentuh Hati Berkenaan kanak kanak Pesakit Kanser
Selain pelancaran produk, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menganjurkan aktiviti bersama seperti kempen kesedaran masyarakat terhadap pesakit kanser, aktiviti bersama kanak-kanak kanser yang turut melibatkan ramai para sukarelawan sepanjang tempoh kerjasama Marbeles Series dibawah Program ”Care Cake” ini. Untuk yang ingin mebyumbang produk ini boleh didapati di cawangan Ajwa Bakery Kota Damansara dan Taman Melawati. Manakala yang tidak berkesempatan ke Kedai anda boleh melayari melalui platform jualan atas talian seperti website, Tiktok yang akan diumumkan kemudian.
Tentang Ajwa Bakery
Ajwa Bakery merupakan jenama tempatan yang terkenal dengan produk berasaskan kek dan pastri, Terbaru kini ia mengorak langkah dalam usaha tanggungjawab sosial korporat melalui kolaborasi bersama Adina Charity Circle.
Untuk maklumat lanjut, mengenai Program ”Care Cake” ini anda boleh hubungi :
Noor Balqis Mohd Hairuddin (Admin)
No. Tel : 019-380 0530 atau
Emel: ajwabakery77@gmail.com
Boleh juga Follow Media sosial kami
Facebook/Instagram/TikTok/Threads/X:
@ajwabakery
Tentang Adina Charity Circle
Adina Charity Circle adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang komited dalam membantu kanak-kanak pesakit kanser serta komuniti yang memerlukan pelbagai bentuk sokongan, dana, dan program kesedaran.
Untuk maklumat lanjut memgenai Adina Charity Circle :
Farah Raehan Mohd Mardzi, Setiausaha
No. Tel : 019-980 7181
Emel: adina.charitycircle@gmail.com
Facebook/Instagram/TikTok/Threads/X:
@adinacharitycircle
Untuk yang menyumbang boleh Scan QR ni atau ikuti no akaun yang tertera
Comments
Post a Comment