Penyatuan Gelombang Ekonomi Serantau: Gabungan Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide, UMKM Malaysia–Indonesia

 

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2025 – Satu langkah bersejarah dalam dunia ekonomi serantau telah dimulakan melalui penyatuan dan kerjasama strategik antara Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide, Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM), UMKM NU Malaysia–Indonesia, serta gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari kedua-dua negara.

Gabungan besar ini diketuai oleh Tuan Ariff Fadli bin Abd Wahab, selaku Presiden Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide merangkap Timbalan Presiden DPPUM, yang menegaskan bahawa kerjasama ini bertujuan membentuk satu gelombang penyatuan ekonomi serantau yang mampan dan inklusif.



Penyatuan dan Kesepakatan Ekonomi Berskala Besar

Menurut Tuan Ariff, setiap organisasi yang terlibat mempunyai visi dan misi tersendiri. Namun, beliau menekankan keperluan untuk mencapai satu titik persamaan dalam matlamat ekonomi melalui persefahaman dan kesatuan hala tuju.

“Kita ingin bawa suara, gelombang dan kekuatan kebersamaan dalam satu perjuangan ekonomi. Kerjasama ini tidak akan mengganggu dasar, polisi, atau struktur pentadbiran mana-mana pertubuhan, yayasan, koperasi, dewan, kelab mahupun syarikat rakan niaga. Sebaliknya, kita ingin mencipta ruang sinergi yang saling melengkapi untuk manfaat bersama,” ujar beliau.


Membangun Ekosistem Inovasi & Gerbang Ekonomi Ummah

Tuan Ariff menyeru semua pihak di luar sana—usahawan, NGO, koperasi, syarikat tempatan dan antarabangsa—untuk bersama menjadi rakan niaga DPPUM dan gabungan organisasi sekutu, dalam membina ekosistem inovatif dan kreatif bagi membuka gerbang pintu ekonomi ummah.

Beliau turut mengingatkan agar perjuangan ekonomi ini dimulakan dengan niat yang betul serta diiringi dengan kekuatan rohani, jasmani dan aqli, supaya segala usaha mendapat keberkatan dan rahmat Allah s.w.t.

Jelas Tuan Ariff beliau bermula dari ”nothing to everything, from zero to hero”.  Bergerak agresif dengan adab, ilmu dan prinsip ”Fast Action, Fast Result”. Selagi hidup, selagi berkorban demi agama, bangsa dan negara,” tegas Tuan Ariff.


Fokus kepada Pembangunan Ekonomi Rakyat & Industri Tempatan

Beliau turut menyeru agar ekonomi rakyat terus diperkasa — dari usahawan kecil hingga syarikat besar — melalui ekosistem saling bantu membantu dan kerjasama bersih, sihat dan sejahtera.

Salah satu fokus utama ialah pembangunan industri P-Hailing tempatan melalui platform Halo Je, yang sedang dibangunkan di kawasan Lembah Klang, khususnya Kuala Lumpur dan Putrajaya. Matlamatnya adalah untuk mengimbangi dominasi syarikat luar dan memastikan pengaliran ekonomi kekal dalam negara.

“Kita tidak mahu industri P-Hailing dimonopoli oleh 1 atau 2 syarikat luar. Kerajaan perlu fokus membantu platform tempatan yang sah dan diiktiraf supaya ekonomi kekal dalam Malaysia. Jangan hanya kerana populariti, kita mengetepikan platform tempatan yang berdaftar dan berpotensi besar,” tegas beliau lagi.


Turut memberi cadangan dan ideal dalam ucapan pada malam tersebut adalah :

Tuan Ali bin Shafie Founder Fokus Ihsan Travel & Tours


Tuan Albark bin Yunus Founder Jenama Langat 


Mursidul Am Sheikh Tuan Haji Hasan pengasas Anugerah Buku Negara dan Telenovela. 



Tuan Zainy Founder GrakChat Aplikasi terbaik dalam komumikasi di dunia buatan tempatan beliau. 


Serta perkongsian dari tetamu terhormat yang hadir . 


Cabaran dan Pendekatan Tegas

Tuan Ariff turut menegaskan bahawa cabaran ekonomi masa kini menuntut keberanian untuk menegur secara berhemah, demi memastikan keseimbangan dan manfaat bersama untuk seluruh masyarakat serta komuniti perniagaan.

“Kita perlu tegas dalam prinsip, lembut dalam pendekatan. Tujuan kita satu — membina masa depan ekonomi yang lebih adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” katanya menutup sidang media tersebut.


Untuk maklumat lanjut Mengenai : 

Gabungan Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide,lll UMKM Malaysia–Indonesia boleh hubungi info dibawah:

Emel: 

sekretariat.asean.economy@gmail.com |

No. Telefon:

 +6018 259 4588

Comments