PELANCARAN LOGO BARU SYRIA CARE & HUMAN RELIEF PERLUASKAN MISI KEMANUSIAAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Subang Jaya 28 September 2025 - Syria Care melancarkan Pertubuhan Amal HUMAM atau HUMAM Relief, dan Logo baru syria care dimana ia mampu menjadikan syria care  sebuah organisasi baharu yang berperanan bagi memperluaskan misi kemanusiaan Malaysia Fokus ke peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia. pelancaran majlis diadakan di Hotel Geno Subang Jaya baru baru ini , dengan dihadiri oleh pelbagai aktivis, Tokoh Korporat, Syarikat penaja rakan rakan ngo bersama , para tetamu terhormat dan Para pengamal media hadir memenuhi dan mmemeriahkan suasana disini. 

Siti Sakinah Meor Omar Baki, sebagai pengerusi pegawai Eksekutif Syria Care memyatakan  HUMAM Relief lahir pada tahun 2024 daripada pengalaman, pengorbanan dan kejayaan Syria Care yang telah berkhidmat lebih sedekad di bumi Syam yang terdahulu. 


walaupun "HUMAM Relief lahir sebagai 'adik', namun ia  berperanan penting sebagai 'abang' kepada Syria Care. Syria Care akan terus fokus di bumi Syam, manakala HUMAM Relief akan berperanan di peringkat antarabangsa. 


Siti Sakinah menyatakan "HUMAM Relief adalah satu petubuhan yang mampu membantu misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa selain di syria. Antaranya kemungkinan untuk misi ke GAZA , Afrika dan tempat lain yang memerlukan selain di peringkat tempatan jika berlaku bencana seperti banjir, serta misi bantuan kepada anak anak yatim dan asnaf di malaysi yang memerlukan.


 HUMAM Relief baru dadaftarkan setahun tetapi  Ia telah mula menjejakkan kaki ke beberapa negara dengan projek-projek awal seperti pembinaan telaga air bersih di Uganda dan Indonesia, pemulihan rumah-rumah rosak akibat konflik di Syria, serta projek W.A.S.H (Air, sanitasi dan Kebersihan) di Malaysia. Selain itu ia juga berperanan penting memberi Inisiatif tentang Kesihatan Haid Wanita  serta kepentingannya melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan badan-badan korporat.



Dengan tertubuhnya HUMAM Relief, kini Syria Care akan lebih fokus di bumi Syam iaitu di Syria, Palestin dan Lubnan, Manakala HUMAM Relief akan menjadi  sayap di peringkat antarabangsa yang lain untuk membantu misi kemanusiaan. Kedua-duanya digerakkan oleh pasukan yang sama,dengan semangat yang sama iaitu semangat kemanusiaan sejagat.



Di dalam ucapan Siti Sakinah beliau juga menegaskan bahawa perjuangan ini tidak akan ke mana tanpa sokongan rakyat Malaysia. Sebelum ini "Perjalanan lebih sedekad bersama Syria Care membuktikan bahawa setiap doa, sumbangan dan sokongan rakyat Malaysia mampu mengubah kehidupan insan-insan lain. HUMAM Relief adalah kesinambungan dari Misi seterusnya . Misi kami yang ditubuhkan ini  bukan milik Syria Care atau HUMAM Relief semata-mata, tetapi milik kita semua sebagai manusia yang diamanahkan untuk membela manusia lain," jelas beliau.


Mengenai Syria Care

Syria Care adalah NGO pertama yang menggabungkan rakyat Syria dan Malaysia di dalam sebuah organisasi untuk memenuhi keperluan semasa rakyat Syria, terutamanya mereka yang berada di dalam negara tersebut dan juga ia banyak membantu meringankan beban rakyat Syria yang berlindung di negara jiran yang lain. Disamping itu Syria Care turut melancarkan Tabung Winter AID untuk tahun 2025 ini bagi membantu disana dengan  Sumbangan orang ramai dalam misi musim sejuk untuk bantuan kelengkapan pakaian penduduk Syria. Ia akan diadakan di dewan Seksyen 7, Shah Alam Oktober ini.  Orang ramai boleh hadir mendermakan pakaian baju sejuk, selimut dan dana diperlukan. 

Comments