Pemberian Sumbangan dari EMC School Foundation dan Badan kepelbagaian untuk membantu para pelajar Parlimen Bandar Tun Razak.
Bandar Tun Razak 29 Oktober 2025 Telah diadakan Program Penerima Sumbangan kepada para pelajar sebagai sokongan membantu pelajar yang memerlukan. Untuk bantuan seharian mereka ke sekolah. Ia telah diadakan di Bangunan Living & Wellness , Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Ia telah dihadiri oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan ismail serta tetamu kehormat ,dari Pasukan EMC School, Penyumbang, para pelajar dan Pengamal Media.
Memberi Sumbangan pada acara ini adalah dari korporat Erm Schools Foundation, pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ppd Bangsar & Pudu, pihak sekolah, agensi kerajaan, sukarelawan serta seluruh komuniti yang bersama menjayakan agenda pendidikan di Parlimen Bandar Tun Razak ini.
Mengikut data dan keperluan pendidikan. Di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, terdapat seramai 12,297 orang murid yang bersekolah di sekolah harian biasa dan jumlah ini tidak termasuk jumlah murid dari sekolah berasrama penuh seperti sekolah menengah Sains Selangor, Sekolah Alam Shah, SMAIWP, dan Tahfiz SMAIWP.
Pelbagai program CSR telah dilakukan di Bandar Tun Razak ini dan semua program yang dianjurkan turut mendapat sokongan.Antara program CSR yang telah dilaksanakan di Parlimen Bandar Tun Razak antaranya:1) Program ”Community Feeding” & Pertanian Komuniti membantu menangani isu kekurangan zat makanan kanak-kanak di PPR Desa Tun Razak dan menggalakkan pertanian bandar sebagai sumber makanan yang sihat.
2) Program Sunathon Parlimen Bandar Tun Razak dengan memberi manfaat kepada kanak-kanak dari keluarga B40 untuk mendapatkan khidmat khatan secara percuma setiap kali muncul cuti persekolahan.
3) Kempen Kesedaran Kesihatan & Kebersihan Wanita serta program kemiskinan haid melibatkan sumbangan kit penjagaan diri untuk murid-murid Perempuan sekolah menengah.
4) Program “Back To School” iaitu bantuan persekolahan untuk anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dan asnaf.
5) Program Anugerah Pelajar Cemerlang akan diadakan pada 2 november 2025 tahun ini. Seramai 500 orang murid bakal menerima anugerah kecemerlangan sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan akhlak yang membanggakan. Anugerah ini akan menjadi suntikan semangat kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha gigih mencapai kejayaan bukan sekadar untuk diri sendiri, Ia juga akan menjadi inspirasi buat masyarakat dan kebanggaan kepada keluarga.
Harapan pada masa kini dan akan datang dengan adanya Program-program yang telah dilakukan. Ia adalah bukti bahawa kemajuan masyarakat tidak hanya bergantung pada kerajaan, tetapi juga hasil kolaborasi erat antara sektor awam, swasta dan komuniti.
Untuk murid sekolah , gunakanlah bantuan yang diberikan pada hari ini sebaik mungkin. Jadikan ia sebagai titik permulaan untuk melakar masa depan yang lebih cemerlang dan berbakti kepada masyarakat.
kesimpulannya Haruslah bersama memperkukuh semangat ihsan madani dalam komuniti saling membantu, menghargai ilmu dan menyemai kasih sayang sesama insan. Dengan sokongan berterusan dari semua pihak, saya yakin Parlimen Bandar Tun Razak akan terus menjadi contoh Parlimen yang berdaya maju, berjiwa rakyat, prihatin dan penuh nilai kemanusiaan.




Comments
Post a Comment