Pelancaran Jersi Baru Kelab Bolasepak Wanita Perdana BTR dan Majlis Penghargaan Pemain

Kuala Lumpur 28 September 2025 , Kelab Bola Sepak Perdana BTR singkatan dari Bandar Tun Razak  telah melancarkan Jersi terbaru buat pemain prmain mereka . Jersi tersebut secara rasmi telah dilancarkan Oleh  Datuk Azman Abidin dalam acara Gimik yang diadakan di MyTown Cheras baru baru ini. Ia dihadiri oleh tetamu kehormat, Para Pemain dan Pengurusan serta Para Pengamal Media. Dengan perubahan baru terhadap Pasukan Bolasepak Wanita Perdana BTR dengan Jersi terkini ia diharap terus menjadi wadah pembangunan bakat tempatan khususnya di Parlimen Bandar Tun Razak. Harapan itu disuarakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin ketika majlis Pelancaran Jersi bagi tahun 2025 kelab itu. 

"Beliau berharap Kelab Bola Sepak Perdana BTR dapat terus bergerak ke hadapan dan menjadi pemacu pembangunan bola sepak di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak pada ketika ini dan akan datang, supaya ia menjadi pasukan yang digeruni dalam Liga Bolasepak Wanita. 



Tegas beliau perlu ada lebih ramai bakat baru tempatan dilahirkan melalui program dan aktiviti di peringkat akar umbi, sekali gus membuka peluang untuk pemain-pemain ini melangkah ke tahap yang lebih tinggi," katanya.


Pasukan Bandar Tun Razak City FC nama asalnya ditubuhkan pada tahun 2024, Kini dengan nama berwajah baru Perdana BTR FC ia menjadi pemangkin kewujudan sebuah kelab bola sepak komuniti yang berpusat di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk bersaing di luar dengan nama baru ini. 


Sejak penubuhannya, kelab ini Ia sudah menunjukkan pencapaian membanggakan. Dimana pasukan bola sepak wanita Perdana BTR FC berjaya menjuarai Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2024 pada penyertaan pertamanya. Dimana Para Pemain menunjukkan aksi yang terbaik sehingga di peringkat akhir pada waktu itu perlawanan bertemu KL Ranggers . Pasukan ini berjaya mengalahkannya 3-1 melalui semangat para pemain yang ada. Didalam Acara tersebut setiap pemain telah diberi sijil penghargaan dan bonus imbuhan diatas kejayaan mereka bergelar Juara KLWSL 2024. 



Pada Musim ini sekali lagi pasukan bolasepak  wanita Perdana BTR akan beraksi dalam ”Kuala Lumpur Women Super League” Pada Ketika ini juga Pihak pengurusan telah mencari bakat baru dan berjaya menubuhkan Pasukan Futsal Wanita pula dimana mereka akan menyertai Pertandingan  Liga Futsal Kebangsaan (Kategori Wanita) 2025 yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan depan. 


Sementara itu, Presiden Kelab Bola Sepak Perdana BTR, Mohamad Mahathir, turut menegaskan komited beliau dalam kelab untuk memperkasa pembangunan bola sepak komuniti dengan sokongan pelbagai pihak.

"Kelab Bola Sepak Perdana BTR juga dinaungi oleh Nurul Izzah anak kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim. Dimana beliau akan terus merancang dan melaksanakan program-program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi di kawasan dalam Parlimen Bandar Tun Razak.


Didalam sidang media yang diadakan di Mytown bersama Penaja Dechatlon satu jenama yang tidak asing lagi di dunia. Ia merupakan satu penghargaan yang terbesar kepada kami  untuk meneruskan usaha dalam sukan bolasepak dan Futsal wanita akan melakukan yang terbaik untuk kejayaan semua disamping bakal memperkenalkan Produk Dechatlon ini. Ia salah satu aspek penting kejayaan kami dengan kewangan yang kukuh untuk bersaing dengan penjenamaan nama baru Perdana BTR FC. Ini adalah kejayaan yang bermakna bagi Pasukan Bolasepak Perdana BTR FC bergelar Juara tahun lepas dan akan menbuktikan pada tahun ini pula. Semoga kejayaan kami dapat dicapai. 

Comments