GEMA SELAWAT & MARTABATKAN AL-QURAN DI PUNCAK GUNUNG JERAI KEMBARA MUSAFIR SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H (2025)
Jerai, Kedah 4 September 2025, Telah diadakan Jelajah Kembara Musafir sempena menyambut bulan yang mulia Maulidur Rasul ini. Ia diahadiri oleh rakan rakan dari Ampang, Puchong, Putrajaya dan tetamu dari Tanah Arab Sheik Dr. Shehab , serta rakan rakan dari seluruh negeri kedah dan Selatan Thailand. Jelajah ini diadakan selama 4 hari 3 malam bermula pada 4 September dan berakhir pada 8 september 2025 di Puncak Gunung Jerai dan sekitar Kedah. Program ini ditaja dan dianjurkan oleh Nur Haramain worldwide bersama komuniti dakwah di Kedah.
Menurut ucapan dari Al Fadhil Ustaz Zawawi , Alhamdulillah AllahuAkbar kemeriahan majlis Maulidur rasul tahun ini begitu meriah di mana kita berada dibumi Allah SWT sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia dapat menyambut hari yang penuh berkat kelahiran Nabi Muhammad S.a.w . Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini penting diadakan bagi mengingati pengorbanan yang dilakukan oleh rasullallah untuk umatnya pada hari ini.
Di bulan yang mulia ini Ada yang mengadakan majlis bacaan Maulid burdah qosidah marhaban selawat 40 hari sampai 100 hari berturut dan ada juga 12 hari berturut mengikut kehendakndan kemampuan. Khususnya sambutan pada 12 rabiulawwal dengan penuh meriahanya melambangkan ia salah satu penyatuan Ummah betsama keseluruhannya. Dengan diiringi doa InsyaAllah semoga semua nya bertujuan bagi menghayati lagi sirah Junjungan baginda Nabi Muhammad S.a.w Rahmatallilalamin jelas Al Fadhil Ustaz zawawi alhamdulilah.
Kembara Musafir kali ini bermula dari Lokasi KL ke Ampang dengan berkonvoi sehingga ke Putrajaya. Dan peejalanan kemudian diteruskan selama hampir 6 jam untuk sampai di Sungai Petani, Kedah. Kemudian konvoi mendaki ke puncak Gunung Jerai san bermalam di sana , Kemudian keesokan hari diteruskan ke Bukit Pinang dan seterusnya ke Alor Setar . Kemudian peserta Kembara bermalam dan melakukan aktiviti di Changlun,Kedah . Pada keesokkan peserta kembara ke Pokok Sena. Menurut Al Fadhil Ustaz Zawawi, Alhamdulillah, kembara kali ini merupakan sambungan dari Siri 1,2 dan 3 Sebelum ini :
Pada siri pertama telah diadakan Konvoi Kembara Kasih Maulidur Rasul pada tahun 12 Rabiulawal 1446 (2023) iaitu Konvoi Kembara dari Ampang ke Dataran Merdeka dan seterusnya ke Putrajaya dan kembali semula ke Ampang dengan melibatkan beberapa buah kereta serta Motorsikal berkuasa tinggi. Ada juga dari atas menaiki Helikopter.
Artikel Link : Siri 1
https://adewiraperkasa.blogspot.com/2023/10/majlis-sambutan-maulidur-rasul-anjuran.html?m=1
Siri Kedua pula adalah pada awal malam 1 rejab bersamaan malam tahun baru 31 Disember 2024 bertempat di menara Kuala lumpur dan di Menara alor secara serentak pada tarikh, masa yang sama julungkali ia diadakan bagi majlis gema selawat di puncak dua menara. Artikel Link : Siri 2
http://adewiraperkasa.blogspot.com/2025/01/majlis-makan-malam-gema-selawat.html
Lokasi: Puncak Gunung Jerai, Surau Syeikh Abdullah Al-Qumairi Al-Yamani
Aturcara Ringkas:
Kemudian menurut Al Fadhil Ustaz Zawawi Slogan Maulid “Mencintai Rasulullah SAW Sumber Limpahan Rahmat” dan “Buatmu Kerinduan Kami Ya Rasulullah SAW” dinaikkan di surau dan puncak tertinggi gunung jerai. Dengan memperlihatkan keindahan alam.
Tapak tertinggi Gunung Jerai merupakan lokasi warisan Islam Nusantara, di mana ulama besar Syeikh Abdullah Al-Qumairi Al-Yamani mengislamkan Sultan Kedah pertama iaitu— Sultan Muzaffar Shah, lalu menyebarkan Islam ke seluruh Alam Melayu Nusantara.
Majlis ini bukan hanya mengenang sejarah, malah menyambung perjuangan itu — agar cahaya Islam terus bersinar dari Kedah Malaysia hingga ke seluruh dunia.1) Ia adalah bagi Menyemarakkan kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
2) Meninggikan kalimah Allah & memartabatkan sunnah .
3) Menyatukan umat melalui cinta, zikir, membaca Al Quran dan mengikuti Sunnah.
4) Menghidupkan masjid baru dan lama hasil ziarah Ulama datok nenek kita terdahulu termasuk di surau dan tapak warisan sejarah Berkaitan agama Islam .
6) tujuan utama silaturrahim sesama Ummat Islam dan masyarakat majmuk seluruhnya..
"Ya Allah, jadikanlah kembara ini sebagai jalan kami menuju rahmat, keampunan dan keredhaan-Mu. Suburkan iman dan taqwa kami, dan bangkitkan semula kekuatan umat ini dengan cinta kepada Rasulullah SAW, yang membawa rahmat ke seluruh alam. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin."
.jpg)







.jpg)


Comments
Post a Comment