Konsert Cinta Rasul Gabungan Hijjaz,UNIC,Rabbani kini bergema di Stadium Gong Badak, Terengganu


Kuala Nerus, 3 September 2025 — 10 Pro Event Management kali ini Kembali dengan  Konsert Cinta Rasul yang akan diadakan di Stadium Gong Badak,terengganu, Ia merupakan sebuah malam yang mengangkat keindahan spiritual dan nostalgia nasyid dalam suasana penuh keinsafan dan kekeluargaan. Dimana kali ini ia membawa satu kumpulan Nasyid tersohor yang tidak asing lagi nama mereka di Malaysia. 

10 Pro event management dengan Konsert kali ini menampilkan kumpulan legenda nasyid Hijjaz, yang bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan cinta terhadap Rasulullah SAW melalui lagu-lagu yang menyentuh jiwa. Turut memeriahkan pentas bersama Kumpulan Nasyid tersohor UNIC, dan Penampilan Khas Kumpulan Rabbani terkenal dengan lagunya intifada serta artis jemputan yang lain terkenal dengan gaya kontemporari dan mesej dakwah yang segar. Konsert ini akan menyatukan generasi lama dan baharu dalam satu malam yang penuh makna ini. 


Lokasi:

 Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu  

Tarikh:

 3 Oktober 2025  

Masa:

 8:45 malam  


Lebih daripada sekadar konsert, acara ini turut menampilkan Letups Fest Food Festival — Dimana mereka selalu mengadakan pesta makanan yang menyatukan vendor tempatan, sajian viral, dan rasa tradisi di Malaysia . Dari makanan sate bakar hingga kepada minuman menyegarkan, ia adalah syurga buat pencinta makanan. Sebelum ini beliau pernah bersama dalam Program Karnival RXZ dimana mendapat sambutan luar biasa, dimana Bandar Kuala Terengganu dipenuhi dengan Pemotoran RXZ dan telah menjadi Viral. Beliau harap program ini akan lebih meriah lagi di stadium Gong Badak. 

Peserta yang hadir juga berpeluang mendapat hadiah yang menarik. Kerana akan diadakan Cabutan bertuah sepanjang festival berlangsung, dengan hadiah-hadiah menarik iaitu sebuah kereta, motosikal, goldbar eksklusif dan pelbagai lagi bakal anda perolehi di Malam Konsert Cinta Rasul. 


Menurut Pengarah Urusan 10 Pro Event Management, Tuan Kamal:  

"Konsert ini bukan sahaja berkonsep kekeluargaan,hiburan dan dakwah , tetapi ia juga membawa misi kemanusiaan. Dimana hasil daripada kutipan tiket yang anda beli akan disalurkan kepada Tabung Darul Iman, Ianya  khusus untuk membantu pesakit kronik yang memerlukan sokongan di sekitar Terengganu. Kami percaya muzik dan komuniti boleh menjadi jambatan untuk kebaikan yang lebih besar dan bermanfaat untuk semua."


Konsert Cinta Rasul dijangka menjadi titik pertemuan antara generasi baru dan jiwa-jiwa yang mencari ketenangan serta mengenang Nostalgia lama, Lagu lagu nasyid popular dahulu akan dipersembahkan kembali menghidupkan malam yang penuh inda disamping  menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Jelas Dr Fitri yakin Konsert Cinta Rasul ini akan mendapat sambutan yang luar biasa di pantai timur. Kerana sebelum ini pengalaman setiap kali UNIC membuat konsert pastinya penuh meriah, ini kan pula dengan adanya  gabungan kumpulan nasyid Rabbani dan Hijjaz pastinya ia ditunggu oleh peminat nasyid. 



Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket limited persembahan kumpulan nasyid UNIC, Rabbani, Hijjaz yang pastinya mereka akan membuktikan dengan persembahan yang terbaik. Dimana ia juga julung kali mereka membuat persembahan bersama setelah sekian lama . Pastinya ia malam yang begitu indah bersama keluaraga, kawan kawan dengan konsert keinsafan dan malam cinta rasul.



Untuk dapatkan Tiket limited ini boleh layari melalui platform jualan rasmi klik link diBawah.

Comments