Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Kemiskinan Haid & Majlis Belia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Uni-Lavender
Bandar Tun Razak 29 Oktober 2025 , di Dewan SMK Cheras telah mengadakan Majlis Pelancaran Untuk Kempen Basmi Kemiskinan Haid Remaja Sekolah bersama Majlis Belia Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama jenama tuala wanita Uni- Lavender. Majlis telah berjaya dirasmikan oleh Datin Seri Dr Wan Azizah . Acara diadakan berlansung dengan baik, Dimana wakil Para pelajar wanita dari seluruh Parlimen Bandar Tun Razak hadir bersama guru dan pengetua mereka. Dengan kehadiran yang begitu ramai penuh didewan SMK Cheras. Ia membuktikan Pentingnya isu bagi menagani Kemiskinan Haid dikalangan pelajar.
Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan vvip iaitu Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, En Nazir bin Hussin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pudu, Khairul Rizam bin Dato Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Encik Madhu Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif UniLavendar Sdn Bhd, Tuan ACP Aidil bin Bolhassan, Ketua Polis Daerah Cheras, Puan Asyqoh binti Yusof, Pengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Kawasan Bandar Tun Razak, Puan Shariza binti Shaharuddin, Pengetua SMK Cheras, Pengetua-Pengetua Sekolah di dalam Parlimen Bandar Tun Razak, Ahli Jawatankuasa serta Badan Gabungan Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Rakan-Rakan Media, Barisan guru dan warga pendidik serta para pelajar yang hadir dalam majlis ini.
Didalam ucapan sempena pelancaran ini Kakwan berkata Kemiskinan haid atau period poverty bukanlah istilah yang asing di peringkat global, tetapi ia masih dianggap amat kurang dibincangkan secara terbuka di negara kita. Ia merujuk kepada keadaan di mana individu, khususnya remaja perempuan, tidak mempunyai akses yang mencukupi kepada produk kebersihan haid, Iaitu kemudahan sanitasi yang selamat, serta pendidikan kesihatan reproduktif yang menyeluruh kepada mereka.
Isu ini bukan sekadar berkaitan kesihatan fizikal, tetapi ia menyentuh aspek maruah, kesihatan, pendidikan dan kesaksamaan gender. Apabila seorang pelajar perempuan tidak dapat menguruskan haid dengan selamat, ia boleh menjejaskan kehadiran pelajar tersebut ke sekolah, kemungkinan prestasi akademik, dan masalah emosi mereka akan tergangu.
Mengikut Statistik terkini amat membimbangkan dimana, 13.1% remaja perempuan dan wanita muda daripada golongan B40 di Kuala Lumpur tidak mampu membeli tuala wanita setiap bulan. ini akan menyebabkan akan adanya 1 daripada 2 pelajar perempuan akan berfikir untuk ponteng sekolah bila datang bulan, kerana rasa malu, dengan kekurangan kemudahan, dan tiada produk sanitari seprti tuala wanita yang ada dipasaran kerana faktor kenkangan kewangan untuk membelinya. Kerajaan melalui Belanjawan 2022 telah menyalurkan kit kebersihan asas kepada 130,000 remaja perempuan B40 Pada setiap bulan, Ia adalah satu langkah proaktif yang wajar dipuji.
Di negeri Perak, program PROKiS menyasarkan 2,000 penerima kit sanitari di setiap daerah, menunjukkan komitmen negeri dalam menangani isu ini secara menyeluruh berkesan. Ia adalah salah satu kejayaan yang harus kita contohi.
Sebuah isi rumah yang mempunyai lebih daripada seorang wanita akan menanggung kos yang tinggi sehingga RM51 sebulan hanya untuk membeli tuala wanita, satu kenkangan keewangan bagi keluarga berpendapatan rendah.
Di Selangor, Di dalam Belanjawan Negeri 2023 memperuntukkan RM200,000 untuk menangani kemiskinan haid ini dengan kempen kesedaran dan pemberian tuala wanita percuma.
Namun, cabaran ini bukan hanya tertumpu di bandar. Ia juga di kawasan luar bandar terutama komuniti Orang Asli, hingga 77% penduduk hidup di bawah garis kemiskinan, dan 35% dalam kemiskinan ekstrem, tanpa akses kepada air bersih dan kemudahan sanitasi yang asas.
Di Sabah dan Sarawak, kadar kemiskinan dalam kalangan Bumiputera masing-masing mencecah 20% dan 7.3%, menjadikan mereka antara golongan paling terdedah kepada kemiskinan haid. Kajian oleh NGO turut menunjukkan bahawa 1 daripada 4 remaja perempuan di kawasan luar bandar tidak mempunyai akses konsisten kepada produk haid, walaupun angka ini belum didokumentasikan secara rasmi.
Pada kali ini satu usaha kerjasama antara Uni Lavender dimana ia menyalurkan 2,000 unit tuala wanita didalam program ini. Dimana satu tandatangani telah diadakan antara dari wakil produk Uni Lavender dengan pihak Presiden Belia Wilayah Persekutuan dan telah menyetujuinya. Untuk membantu para remaja pelajar wanita di sekolah yang memerlukan bantuan tuala wanita.
Kak wan menegaskan tidak boleh membiarkan anak-anak gadis kita terpaksa memilih antara makanan dan tuala wanita untuk berbelanja. Kita tidak boleh membiarkan mereka duduk di rumah ketika datang bulan kerana malu atau tidak mampu menguruskan haid dengan selamat. Ini bukan sahaja menjejaskan pendidikan mereka, danbjuga keyakinan diri untuk masa depan mereka.
Kempen ini bukan sekadar penyediaan produk sanitari. Ia adalah usaha menyeluruh untuk menghapuskan stigma serta meningkatkan literasi kesihatan reproduktif, dan mewujudkan persekitaran yang inklusif terhadap sokongan. Diharapkan setiap pelajar perempuan tahu bahawa haid bukanlah sesuatu yang memalukan untuk memberitahu dan mereka berhak mendapat sokongan yang sewajarnya.
Kerjasama semua amat penting bagi menjayakan acara ini bagi membantu Kempen Sifar kemiskinan Haid terutama para Ibubapa harus peka kepada anak anak yang menghadapi kitaran haid ini dan faham cara menyelesaikannya. Di dalam Pelancaran ini satu usaha
Datin Seri Dr Wan Azizah telah berjaya merasmikan kempen sifar kemiskinan haid peringkat Parlimen Bandar Tun Razak dengan tepukan gemuroh dari warga yang hadir di dewan SMK Cheras. Sempat juga para pelajar dapat meluangkan masa bertanyakan soalan dan bergambar dengan Kak Wan.
Video wakil Para Pelajar bersama pengetua memerima bantuan Tuala Wanita dari Unilavender .
Comments
Post a Comment