Review Filem Lal Salaam Aksi Rajinikanth Mengujakan dan Menyebabkan Penonton Bersorak




 Filem :

Lal Salaam

 

Pengarah:

Aiswarya Rajinikanth

 

Genre:

Aksi

 

Pelakon:

Rajinikanth, Vishnu Vishal , Vikranth, Vignesh, 

Livingston, Senthil, Jeevitha, K.S.Ravikumar, Thambi Ramaiah, 

Nirosha, Ananthika Sanilkumar, Vivek Prasanna, Dhanya Balakrishna.


Penerbit:

Lyca Productions


Edaran:

MSK Cinemas SDN BHD

 

Saluran:

Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia

 

Tarikh Tayangan:

9 Februari 2024

 

Sinopsis:

'Lal Salaam' adalah sebuah filem drama sukan berbahasa Tamil ditulis dan

 diarahkan oleh Aishwarya Rajinikanth anak kepada Bintang Filem Tersohor Rajinikanth.

Ia adalah kisah mengenai dua sahabat Thirunavukarasu, juga dikenali sebagai Thiru 

(Vishnu Vishal), dan Shamsuddin (Vikranth) adalah pemain kriket yang cemerlang dari 

Murrabad, sebuah  perkampungan di mana penganut Hindu dan Muslim hidup bersama 

secara harmoni.  Walaupun berbeza agama, mereka hidup bahagia. Bapa Thiru (Livingston)

 dan bapa Shamsuddin,  Moideen Bhai (Rajinikanth) adalah kawan baik dan

 terbiasa melihat anak lelaki mereka terlibat dalam konfrontasi fizikal.

 Dalam alur cerita, kita akan melihat ahli politik tempatan merancang untuk menghasut

 rusuhan kaum di Murrabad untuk memanfaatkan pilihan raya yang akan datang. 

Mereka mengeksploitasi  persaingan Thiru dan Shamsuddin dengan berselindung dalam 

perlawanan kriket.  Dalam keadaan marah, Thiru mencederakan tangan kanan 

Shamsuddin semasa perlawanan,  Ia telah mencetuskan konflik serius antara orang Islam 

dan Hindu di Murrabad. Bagaimana persaingan ia berakhir membentuk jalan cerita.

 Ia dihasilkan oleh En.Subaskaran Allirajah di bawah sepanduk Lyca Productions.Akan 

ditayangkan di Malaysia pada 9 Februari 2024 oleh MSK Cinemas Sdn Bhd di 

seluruh pawagam . 


Ulasan : 

Filem mengetengahkan jalan cerita konflik yang senang untuk difahami. Pada permulaan 
Filem telah ditunjukkan berlakunya konflik perselisihan antara Masyarakat Hindu dan Islam 
yang berada di perkampungan tersebut. Ia tidak berakhir disitu tetapi ia berlanjutan hingga
tiada penamat. Tetapi hadirnya Super hero terkenal Rajinikanth sebagai ketua kawasan 
tersebut telah mengubah segalanya yang berlaku. Ketika babak kemunculan Bintang Filem
Terkenal Rajinikanth inilah telah menyebabkan penonton bersorak gembira di dalam 
pawagam ketika tayangan dijalankan. Sudah pastinya ramai penonton menunggu
aksi Rajinikanth dalam aksi beliau sebagai pemegang watak ketua kawasan.


Dari segi Latar Muzik, Dialog dan kesan bunyi ia menampilkan suasana yang mengujakan 
sewaktu menonton. Dengan muzik yang digubah oleh A.R. Rahman, ia lebih memberi 
kesan yang sangat penting dalam filem ini dimana beberapa lagu begitu rancak dimainkan dan
dapat menghiburkan suasana di dalam pawagam. Dari segi dialog ia banyak memberi pengajaran 
penting kepada penonton menerusi percakapan Rajinikanth yang begitu menitik beratkan
kepada perpaduan dalam masyarakat dan tiada dikrimninasi agama. Setiap dialog yang dilontarkan
telah memberikan impak yang berkesan dalam filem Lal Salaam ini. 


Dari segi sinematografi dikendalikan oleh Vishnu Rangasamy dan penyuntingan oleh
B. Pravin Baaskar. Kesan daripada sinematografi dan penyuntingan dalam filem ini telah 
memberikan impak yang hebat. Dimana setiap aksi pergaduhan , pertelingkahan adengan
 dalam filem menampakkan realiti yang berlaku diluar. Pastinya anda akan teruja melihat aksi rajinikanth bergaduh dengan kesan penyuntingan video yang berkualiti telah 
mempengaruhi penonton yang melihat tayangan tersebut begitu teruja dan
 bersorak keriangan. 


Kesimpulan untuk filem lal salaam ini anda harus melihatnya di pawagam kerana ia banyak 
memberi pengajaran dan kesan yang baik kepada kita yang berada dalam masyarakat yang 
berbilang kaum dan agama tak kira dimana kita berada. Dengan menonton filem ini ia 
menyajikan anda aksi yang mengujakan di setiap babak dalam filem dan tidak berasa bosan.
Ia juga dapat memberi impak tentang isu kebebasan ,penindasan, Kepentingan Hak 
bersuara dan keharmonian didalam masyarakat berbilang kaum dan agama. 
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan filem ini anda boleh menyaksikannya di semua
 pawagam berdekatan dengan tempat tinggal anda .Jangan lepaskan peluang dimana ia akan ditayangkan diseluruh pawagam Malaysia Pada :


25 Januari 2023


Rating 8/10 


Trailer Filem Lal Salaam di You Tube














Comments

Post a Comment