Damansara 27 Februari Sidang media Sempena Pelancaran Fiesta Raya, diadakan di Hotel Royale Chulan the Curve, jurucakap ANS Diversified, Encik Ahmad Faizal Zulkipli memberitahu, fiesta kali pertama ini akan menghimpunkan lebih 50 gerai barangan kelengkapan Hari Raya Eidulfitri, dan juadah makanan, selain dimeriahkan dengan acara sampingan seperti the Curve Berselawat, Iftar Amal bersama-sama rumah-rumah kebajikan, dan anak-anak yatim terpilih, serta peluang menyertai cabutan bertuah apabila pengunjung berbelanja minimum RM150 dari gerai-gerai jualan Fiesta Raya.
“Para pengunjung juga berpeluang membawa pulang Duit Raya sehingga RM1,500 menerusi Pertandingan Selfie dan Menang,” tambah beliau.
Turut hadir Tuan Dr Fitri Haris, Pengarah Urusan NiyatEnson selaku penganjur bersama. Katanya, di sepanjang fiesta berlangsung, para pengunjung akan dapat merasai pengalaman Ramadan Raya bersama-sama para pempengaruh terkenal tanah air seperti Tajul dan isteri, Hajar LK, Farah Khira.
“Akan ditampilkan juga barisan artis yang bakal menghiburkan, dan memberi pengisian jiwa seperti kumpulan nasyid UNIC, serta Nizam Laksamana, Rabithah, dan Ikhwan Fatanna,” jelas Dr Fitri.
Farah yang juga pengasas Khira Official; wakil Starvillion, Puan Wan Nurul Jannah; Tajul yang juga penyanyi dan isterinya; Pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Encik Ayob Abdul Majid; Ketua Community Outreach The Noor, Encik Mohd Farhan Aizwan; dan Pengurus Pusat the Curve, Cik Elaine Liew turut menghadiri sidang media berkenaan.
Daripada 50 gerai, 35 menawarkan barangan kelengkapan Syawal, dan 15 lagi pula makanan dengan pelbagai hidangan juadah berbuka puasa di sepanjang tempoh festival 29 hari itu. Difahamkan bahawa pihak penganjur juga mahu menjadikan Fiesta Raya @ the Curve sebagai acara tahunan di pusat beli-belah the Curve. Untuk yang pertama ini, ia menyasarkan lebih 500,000 pengunjung.
Mengenai imbuhan kepada artis yang terlibat membuat persembahan, Ahmad Faizal memberitahu, artis berkenaan turut berniaga di sepanjang festival. Justeru, secara tidak langsung mereka memperoleh pendapatan. “Walau bagaimanapun, pembayaran untuk artis berkenaan terpulang kepada penaja yang memilih mereka,” tambah beliau yang berharap ramai lagi pihak akan tampil menjadi penaja Fiesta @ the Curve.
Dengan sokongan daripada the Curve, Hotel Royale Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the Noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira dan Starvilion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga dan juga para penduduk di kawasan Mutiara Damansara.
Bertemakan ‘Kongsi Keriangan, Rasai Keunikan!’, Fiesta Raya @ the Curve, Mutiara Damansara adalah antara lokasi yang perlu dikunjungi di sepanjang Ramadan bersama-sama keluarga menikmati pengalaman berbuka puasa secara santai di pusat beli-belah terkemuka itu, selain pembelian kelengkapan persiapan Hari Raya Eidulfitri, menjelang Syawal nanti.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Mengenai Fiesta Raya @ The Curve
(Puan Eli) 012 4056349
atau
(Puan Amira) 012 3055861
Comments
Post a Comment