MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT "FEEL DA STARZ" SATU CARA UNTUK MENARIK MINAT WARGA FELDA UNTUK MENJADI TERKENAL

 KUALA LUMPUR, 24 Februari 2024 – Program pencarian bakat FEEL DA STARZ (FDS)

merupakan program realiti nyanyian yang mempertandingkan bakat-bakat nyanyian untuk

komuniti Felda. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti Felda yang

berbakat mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap peserta

yang menyertai pertandingan ini akan melalui proses penyingkiran di beberapa siri jelajah

Felda sebelum mereka mara ke peringkat akhir yang akan di adakan pada Hari Peneroka

Felda 2024 (HPF24) 12 - 14 Julai di MAEPS, Serdang. 

 

Tujuan utama program ini adalah untuk menyediakan platform dan mengilap bakat yang

sedia ada disamping dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga mereka di Felda.

Program ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula dari bulan Mac ini.



Didalam acara Jom ke Menara Felda yang diadakan selama tiga Hari 23 Februari sehingga 

25 Februari 2024 telah menarik begitu ramai pengunjung. Terdapat pelbagai Pameran, 

Aktiviti, Jualan serta program di sepanjang Tiga hari tersebut. Pengunjung juga dapat

merasai sendiri menaiki "lift" untuk berada di puncak menara untuk melihat 

pemandanganyang indah di atas ketinggian tingkat 50. Dimana ia dibuka untuk 

orang ramai hanya pada hari tersebut. Antara Artis yang membuat persembahan pada

Acara Jom ke Menara Felda adalah Bell Ngasri, Bob Sentuhan dan Man Kedal.




Ujibakat secara online akan mula dibuka di Halaman Web tetera dibawah untuk diklik

Ia bermula 1 Mac dan akan ditutup pada 30 Mac. Seramai 40 peserta akan di pilih dari

penyertaan secara online. Mereka akan menjalani sesi pembelajaran vokal dan

persembahan di ISEF, Bangi (Institut Semarak Felda) dengan tenaga pengajar profesional.


Hadiah Utama Pemenang FDS bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000, tempat

kedua RM7,000.00 dan tempat ketiga RM5,000.00. Juara juga berpeluang untuk

merakamkan sebuah album solo beserta trofi. Ia amat menarik.

 

Antara Persembahan Pertunjukkan Sapelele dari Kumpulan Terkenal Dipentas Utama.

Penerbit Eksekutif program FDS ini adalah Fadzliniza Zakaria berpengalaman dalam

penerbitan program - program realiti di TV3 dan Astro. Bersempena dengan majlis

pelancaran ini, menandakan evolusi Felda, sebagai jenama gaya hidup untuk orang ramai.


Pada majlis sama, FELDA melancarkan laman web www.segalanyafelda.com. Tujuan laman

web diwujudkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti yang bakal berlangsung

menjelang Hari Peneroka FELDA 2024 pada bulan Julai nanti. Maklumat berkaitan

pertandingan ini dan aktiviti lain turut dimuat turun untuk memudahkan akses orang ramai

untuk mendapatkan maklumat.


 

Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 (HPF24) akan diadakan pada 12 -14 Julai 2024 di

Maeps, Serdang dengan anggaran lebih 500,000 pengunjung akan hadir.

Maklumat lanjut boleh layari di Halaman Web dibawah.

www.segalanyafelda.com



Comments