Hotel Tanera Tampil Bersama Rozita Che Wan dengan Tema Gerenti Sedap "Buffet" Ramadhan 2024
BANGI, 8 Februari 2024 – Hotel Tenera terus menjadi pilihan lokasi bufet Ramadan tahun ini yang bakal diserikan dengan kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan. Dengan bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta tampil sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini yang bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 ini.
Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera menjadi pilihan Che Ta dan orang daripada pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.
Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 130 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan yang pasti dinanti-nantikan DURIAN ‘Unlimited’ yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.
Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.
Untuk pembelian baucar ini sila layari :
atau menghubungi/whatsapp
di talian 019-3854 796.
Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh.
Pihak hotel juga membawa wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.
Sedikit mengenai Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan ‘mesra Muslim’.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian
03-89299600
atau
whatsap
019-3854796/019-3592796.
Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau
instagram (@hoteltenerabangi).
Pakej-pakej istimewa Hotel Tenera
Pakej Ramadan "Staycation"
Bufet Ramadan untuk 2 orang
Sahur untuk 2 orang
RM388 bersih/bilik
Bufet Ramadan untuk 4 orang
Sahur untuk 4 orang
RM688 bersih/unit
Pakej Ramadan Residensi
(Tempahan adalah untuk 20 orang ke atas)
Bufet Ramadan untuk 1 orang
Sahur untuk 1 orang
RM298 bersih/seorang
Ramadan Bufet untuk 2 orang
Sahur untuk 2 orang
RM216 bersih/seorang
* Pakej promosi penginapan diatas adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024
Maklumat & Tempahan boleh Hubungi No dibawah
☎️019-332 9417 (Whatsapp)
Saiful Anwar Dato’ Ramli
Director of Sales & Marketing















Comments
Post a Comment