MY CAR DAN AMCARE TAWARKAN PERLINDUNGAN INSURAN BANTU PEMANDU MYCAR

 Syarikat e hailing terkemuka Malaysia ,MyCar telah berkerjasama dengan AMCARE untuk menawarkan Perlindungan Insuran  kepada sekitar 250 000 orang pemandu bawah kategori B40 secara percuma.



Majlis menandatangani memorendum persefahaman antara MyCar dan AMCARE serta penyerahan Sijil Perlindungan Tenang Takaful telah diadakan bertempat di ibu pejabat MyCar.


Pelan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah ini merupakan lambang keprihatinan MyCar kepada semua pemandu MyCar yang terdedah kepada risiko ketika melaksanakan tugas .


Pengerusi Eksekutif MyCar,Datuk Noor Sheena Maideen mengatakan MyCar sentiasa menjaga kebajikan para pemandu MyCar dan kerjasama dengan AMCARE ini membolehkan pemandu MyCar menyertai pelan perlindungan dengan proses tuntutan yang cukup mudah.



Orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyCar 3.0 yang terbaru  melalui App Store dan Google Play dan terus boleh menggunakan perkhidmatan e hailing MyCar ini.







Comments