ANGKASA DAN CEUPACS BERSATU MEMBANTU TAGANI KRISIS HARGA BARANG MELAMBUNG TINGGI DI MALAYSIA PADA MASA KINI

   

 KENAIKKAN HARGA  barang di negara kita meningkat . Ia telah menyukarkan kehidupan rakyat Malasyia untuk memebeli bekalan harian menyebabkan ramai yang terkesan dan tidak manpu , penjawat awam yang bergaji tetap bulanan juga turut sama terkesan , peniaga , serta yang bekerja sendiri. Dimana kebanyakkan purata gaji bagi golongan B40 RM 2000 kebawah amat terkesan . 


Namun masih ada pihak-pihak yang berkaitan yang masih prihatin, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan sudah tentulah pihak yang berkaitan dengan penjawat awam, iaitu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) amat prihatin dalam situasi yang berlaku ini . Mereka telah berusaha bersama bagi mengatasi masalah kenaikkan harga barang yang berlaku sekarang ini , Dengan usaha bersama memikirkan cara yang sesuai untuk memastikan rakyat manpu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa bagi menampung kos kehidupan mereka. 

 Usaha itu kini telah diusahakan Pada 19 Januari lalu, ANGKASA dan CUEPACS telah mengadakan perbincang mengenai kerjasama menangani isu besar ini di Bilik VIP, Wisma Ungku A Aziz, ANGKASA, Kelana Jaya.



Usaha itu kini telah diusahakan Pada 19 Januari lalu, ANGKASA dan CUEPACS telah mengadakan perbincang mengenai kerjasama menangani isu besar ini di Bilik VIP, Wisma Ungku A Aziz, ANGKASA, Kelana Jaya.

 ANGKASA telah diwakili oleh Presidennya, Dato’ Dr Abdul Fattah Abdullah, bersama juga Dato’ Haji Adnan Mat sebagai Presdien CEUPACS duduk semeja bersama untuk menbincangkan perkara ini. 

 Turut hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh; Setiausaha Kewangan CUEPACS, Haji Roslan Nordin; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato’ Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, dan Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Haji Mohd Nordin.




Dato’Dr Abdul Fattah menyatakan dalam sidang media , konsortium yang mempunyai gabungan lebih 3,000 kedai runcit dikelolakan oleh koperasi negara berperanan penting sebagai pengeluar barang keperluan asas pada harga lebih rendah untuk membantu rakyat membeli barang keperluan. 

 Menerusi cara ini, Dato’Dr Abdul Fattah berkata , ANGKASA akan menyelaraskan pembekalan barang keperluan harian pada harga yang berpatutan dalam sistem rantaian pembekalan yang kini dimanipulasi oleh orang tengah hingga menyebabkan harga barangan meningkat.

 Jelas Dato’Dr Abdul Fattah lagi, selain koperasi, ANGKASA juga diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), dan CEUPACS untuk memperluas jaringan pembekalan produk pertanian bagi mencapai lebih ramai golongan sasar.

 “Peranan gerakan koperasi yang dipimpin ANGKASA yang menjayakan gabungan 3,000 kedai runcit ini dapat menawarkan harga barangan keperluan harian kira-kira kira-kira 5% hingga 15% akan lebih murah ,” Dato’Dr Abdul Fattah juga adalah Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) berperanan penting bagi menyelesaikan masalah kenaikkan harga barang keperluan ini. 

 Menurut beliau lagi, koperasi boleh menjadikan pengeluar yang digabungkan bersama menjadi konsortium yang besar. ANGKASA, katanya, akan menerajui pengawalan sistem, dan memberi kemudahan kredit kepada mereka sebanyak RM10,000 sebulan.

 Kedai runcit Koperasi ini akan bertindak sebagai pengeluar , tambah beliau, Mereka juga boleh mengambil dahulu barangan daripada pembekal, dan ANGKASA akan membayarnya. Dengan cara ini, ANGKASA mahu menjadikan ekosistem perniagaan ini menyeluruh dengan matlamat barang dijual kepada pengguna lebih kompetitif, dan lebih murah.

 Kata Perdana Menteri Malaysia Dato Ismail Sabri, Koperasi di seluruh negara boleh membantu menangani masalah kenaikan harga barang bagi mengurangkan tekanan, dan bebanan kewangan rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

 Jelas beliau, antara yang boleh dilakukan ialah mewujudkan pemborong khas koperasi untuk membekalkan barangan secara pukal pada harga murah kepada seluruh koperasi, dan manfaat kaedah itu akhirnya dapat dinikmati rakyat.

 Selain barang makanan keperluan harian, tambah beliau, turut dijual di kedai koperasi ini  ialah perkakasan dan ubat-ubatan yang boleh didapati pada harga yang berpatutan murah.

 “Ia juga terkandung dalam senarai Program Barang Asas 100 (BA100) yang dijual pada harga lebih rendah berbanding dalam pasaran, termasuk yang boleh didapati secara atas  talian,” kata Dato’Dr Abdul Fattah.



Dalam program bekalan BA100, iaitu projek bekalan barang asas merangkumi barang keperluan orang ramai, termasuk barang basah, kering dan juga ubat-ubatan.

 Antara masalah utama kenaikan harga menjadi mahal, jelas beliau, ini kerana peranan orang tengah  selain dari pengurus kedai yang mengakibatkan kos pengurusan menjadi tinggi.

 CEUPACS pula akan membantu memberi penerangan kepada penjawat awam untuk menyokong usaha ANGKASA dalam penubuhan konsortium bagi membolehkan barang keperluan asas dijual pada harga lebih murah.

 Tidak dinafikan penjawat awam banyak menyumbang kepada hasil ekonomi negara, terutama ketika wabak pandemik yang merbahaya dalam tempoh dua tahun ini.



Menurut Dato’ Haji Adnan Mat, oleh kerana sistem saraan yang digunakan sekarang masih dicara lama  setelah 20 tahun, maka gaji penjawat awam tidak boleh meningkat. Kos sara hidup pula kian mendesak, telah menyukarkan kehidupan rakyat pada masa kini. 

 Jadi, katanya, CEUPACS telah berbincang dengan ANGKASA bagi melihat dan menentukan 100 barangan harian untuk penjawat awam dengan harga mampu beli.

 Dato’ Haji Adnan Mat menyatakan barangan tersebut akan diletakkan di bawa ke seluruh penjawat awam menerusi rangkaian setempat/dalaman menerusi koperasi sedia ada. Beliau berharap koperasi setempat dapat mengambil bahagian, dihidupkan, diaktifkan, dan ditambah baik. Supaya lebih berdaya saing fokus utama untuk membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikkan harga barang. 

 Mengenai peruntukan subsidi RM200 juta seperti yang dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Negara dalam Kos Sara Hidup baru-baru ini, Adnan berpendapat jika kerajaan benar-benar serius mahu menangani krisis berkenaan, subsidi itu sedikit sebanyak perlu disalurkan kepada koperasi agar sampai ke penjawat awam yang merupakan kumpulan sasar.

 Dalam hal ini, CEUPACS dan ANGKASA mengesa koperasi di setiap jabatan awam diaktifkan sebagai tempat kepada penjawat awam, dan rakyat untuk mendapatkan harga barangan asas dengan harga lebih kompetitif.

 Menurut Dato’ Haji Adnan Mat, ketika ini terdapat 1.62 juta penjawat awam, dan 800,000 daripadanya ialah dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang perlu dibantu, kerana terkesan dengan situasi sekarang.


Melalui kerjasama dengan ANGKASA, jelas Dato’ Haji Adnan Mat, koperasi boleh mendapatkan harga barangan yang lebih murah daripada pembekal, serta menawarkan harga lebih berpatutan kepada pelanggan. Isu kenaikan harga barangan asas, tegas beliau, amat diberikan perhatian oleh CEUPACS dan langkah ini akan membantu kepada  yang terkesan dengan kenaikkan harga barang ini supaya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. 



Comments