HASIL UNDIAN PASUKAN BOLASEPAK DI LIGA M3 2022

Petaling Jaya , Hasil undian yang telah dijalankan   20 pasukan amatur bakal merebut gelaran Juara Liga M3 2022 bermula Februari ini. Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, 1 kumpulan 10 pasukan akan bertanding. Kedua-dua kumpulan pasukan pertandingan berkenaan disahkan selepas Majlis Undian Liga M3 2022 di Hotel Armada, Petaling Jaya. 





Ini adalah hasil undian pasukan yang diasingkan mengikut kumpulan. 

 Kumpulan A Liga M3 2022 terdiri daripada Sains FC, Malaysia University, FC Langkawi, Kinabalu Jaguar FC, Imigresen FC, Manjung City FC, Ultimate FC, Tun Razak City FC, Langkawi City FC dan Armed Forces FC.


Manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Perlis United FC, Tok Janggut Warriors FC, Harini KS FC, Kijang Rangers FC, BRM FC, Respect FC, Kuala Lumpur Rovers FC, Bukit Tambun FC, PIB FC dan Real Chukai FC.

Perlawanan sengit akan berlaku di dalam perjalanan Liga M3 ini, Dimana pasukan dari  Langkawi FC dan Langkawi City FC telah diundi dalam kumpulan yang sama termasuk Pasukan dari Kelantan juga Kijang Rangers FC dan Tok Janggut Warriors FC  diundi dalam kumpulan yang sama . 

Manakala pasukan Harini KS FC Juara Selangor Champions League 2020 diundi dalam kumpulan B , Pasukan dari Borneo Sabah pula Kinabalu Jaguar FC telah diundi dalam Kumpulan A. Banyak Pasukan baru yang dihantar oleh Persatuan Bolasepak Negeri kali ini untuk menentukan kejuaraan serta kelayakkan  untuk berada di Liga Perdana 2023 tahun hadapan. 




Majlis Undian Liga M3 2022 berkenaan telah dihadiri oleh Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi serta barisan Ahli Lembaga Pengarahnya dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam serta Pengarah Urusan Extra Joss Malaysia, Asep Dasuki.



Menurut Datuk Wira Mohd Yusoff, Liga M3 2022 akan  menyaksikan sebanyak 193 perlawanan sepanjang liga berjalan.

"Kesemua 20 pasukan bertanding akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B di mana setiap kumpulan terdiri daripada 10 pasukan.

"Peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati (Suku Akhir dan Separuh Akhir) akan dimainkan secara dua pusingan manakala pentas Final akan menyaksikan dua pasukan berentap dalam satu perlawanan bagi merebut gelaran juara Liga M3 2022.

"Saingan peringkat kumpulan dijadualkan bermula 11 Februari hingga 25 Julai 2022 manakala Suku Akhir dan Separuh Akhir dijadualkan bermula 6 hingga 27 Ogos 2022 manakala Final pada 3 September 2022," jelas Datuk Wira Mohd Yusoff.

Beliau juga turut meluahkan penghargaan terhadap kedua-dua penaja AFL iaitu Extra Joss dan Kelme di atas komitmen yang telah dizahirkan meskipun pertandingan di bawah kelolaannya terpaksa dibatalkan pada Musim 2021 susulan pandemik COVID-19.





“Mewakili AFL, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Extra Joss dan Kelme kerana masih mempercayai kebolehan AFL untuk membawa jenama mereka musim ini.

"Menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah memasuki Fasa 4, besar harapan saya untuk melihat Liga M3 2022 ini dapat dijalankan selepas dibatalkan pada musim 2020 dan 2021," ujar beliau.

#AFL #LigaM32022










Comments