KEDAI RUNCIT MAKANAN BERJENAMA "TUNAS FRESH & FROZEN FOODS" TERBARU DIBUKA UNTUK ORANG RAMAI DI KAWASAN SELAYANG

 

TERBARU penduduk Bandar Baru Selayang, Selangor khususnya yang tinggal di Jalan 3/5 dan persekitaran, serta kejiranan kini tiada masalah untuk mendapatkan produk makanan yang bersih segar, bermutu tinggi, halal dengan harga yang murah . 


Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods dilancarkan secara rasminya pada 23 Januari 2022 ini. Ia telah diadakan di kawasan Selayang, Selangor . 

 


Pelancaran cawangan pertama kedai yang dimiliki oleh Tunas Bumi Jaya Sdn Bhd (Tunas Bumi Jaya) itu telah rasmi disempurnakan oleh Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Mejar (B) Haji Aziz Haji Mohd Yassin. Turut hadir ialah Pengurus Besar, G Silvakumar; serta Pengarah Pemasaran, Sapiah Yassin, dan Nurul Najwa Haji Muzamil.



Para Media turut sama hadir bagi meriahkan suasana pelancaran tersebut disamoing mereka menjamukan makanan kepada semua yang hadir.


 





Presiden Persatuan Ikhlas Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah hadir bersama untuk menyokong usaha yang dilakukan usahawan industri kecil dan sederhana sebagai tanda solidariti beliau. Sebelum ini beliau banyak membantu para peniaga yang lain dimana terkesan oleh kawalan PKP yang melanda negara . Setiap kali usaha yang beliau lakukan telah berjaya menyelesaikan masalah dikalangan peniaga peniaga di Malaysia . 


Sementara itu, selain sokongan beliau terhadap kegiatan yang boleh memajukan ekonomi rakyat, kehadiran Ridzuan dalam majlis tersebut menandakan semangat berjuang beliau amat penting kepada  rakyat sebagaimana sebelum ini beliau telah berusaha yang terbaik untuk peniaga peniaga di malaysia yang terkesan oleh Sekatan PKP yang berlaku. 

 


Menurut Mejar (B) Haji Aziz, wawasan Tunas Bumi Jaya akan menjadi sebuah syarikat bumiputera dalam bidang makanan sejuk beku, dan setor terbuka yang berjaya di semua negeri di Semenanjung Malaysia dalam masa 10 tahun akan datang . Beliau yakin produk Bumiputera akan manpu untuk bersaing di pasaran masa kini dengan usaha yang dilakukan oleh beliau dan rakan rakan. 

 yang utama, tambah beliau ialah memuaskan hati para pengguna dengan menyediakan pelbagai produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan , Dengan itu ia akan menjadi faktor utama untuk mencapai kejayaan .

 


Silvakumar yang berpengalaman luas dalam perniagaan produk makanan pula menegaskan para usahawan perlu ada keyakinan diri untuk menjalankan perniagaan.

 


Silvakumar menjawab soalan pihak media mengenai faktor yang membuat beliau berani membuka premis perniagaan makan sejuk beku dan segar ketika ekonomi negara belum pulih, dan masih dilanda wabak COVID-19 masih mengancam.   Beliau masih meneruskan usaha beliau untuk membantu rakyat membekalkan banyak barangan keperluan harian dengan harga yang murah dan berkualiti. 



Menurut usaha yang beliau lakukan. Fokus utama kedai tersebut adalah untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan membekalkan produk yang berkualiti tinggi sebagai contoh, daging lembu yang diproses dengan baik dari kilang utama diimport dari Australia dan New Zewland setanding dengan produk daging berkualiti di pasaran antarabangsa. Namun begitu produk yang beliau tampilkan ini diletakkan dengan harga rendah yang manpu milik untuk rakyat Malaysia. Disamping Kualiti Produk yang berkualiti tinggi. 



Apa yang menariknya, Kedai Makanan runcit "Tunas Fresh & Frozen Foods" tersebut akan memasarkan hampir 80 % barang keluaran bumiputera yang bermutu tinggi. Tunas Bumi Jaya juga  turut mengalu-alukan lebih bnayak penyertaan produk bumiputera lain untuk dijual bersama . 



Antara produk berjenama utama yang terkenal di kedai tersebut ialah Ayam Goreng, Sate Ayam Goreng, Crispy Chicken Finger with DHA, dan Original Chicken Pop Corn keluaran Peladang; Beef SamosaMini Chicken Murtabak, dan Chicken Karipap (ESiR), Roti Paratha, Roti Boom, dan Cheese Carbonara Spring Roll (Tisha’s), serta Ayam Perap dan Kambing Perap (A&J).


Selain itu, ada Bebola Sedaap! Kambing Premium; Sosej Sedaap! Ayam; dan Sosej Sedaap Black Pepper (Al-Baity Food Sdn Bhd), Dim Sum SeafoodDimsum Beef, dan Crab Dumpling (HIKMAH), Australian Lamb BonelessAustralian Beef Striloin, dan Australian Lamb Rack (Aishah Fresh & Frozen).



Sesiapa yang berminat untuk membeli produk yang berkualiti ini boleh hadir di Cawangan Pertama Kedai Makanan Runcit Tunas Fresh & Frozen Foods terletak di No 24, Jalan 3/5, Bandar Baru Selayang, 68100 Selangor Darul Ehsan. 

Ia juga boleh dihubungi menerusi talian +60361274255/0123550196.


Comments