QIBLA SEBAGAI HADIAH BUAT FAIZAL TAHIR UMUM BEREHAT SEBAGAI PENYANYI PRODUK ISTIMEWA UNTUK PEMINAT
"Saya akan terus berkarya tetapi bukan untuk saya", kata-kata ini telah mengundang pelbagai reaksi apabila penyanyi, komposer dan penerbit muzik tersohor tanah air, Faizal Tahir mengumumkan bakal berehat panjang dari mengeluarkan sebarang produk sebagai seorang penyanyi.
Seperti memberikan petunjuk, baru kita telah dikejutkan
dengan kemunculan semula beliau bersama kumpulan nasyid Mirwana menerusi lagu
Aku Tanpa Cinta Mu 2021. Lagu tersebut telah mendapat sambutan yang begitu baik
selepas memanjat #1 di carta Pop Terkini Spotify Malaysia dan #3 trending di
YouTube dalam masa 3 Hari.
Selepas mengembalikan nostalgia kepada para peminat, Faizal Tahir sekali lagi mengejutkan netizen menerusi perkongsian beliau di laman media sosial yang mengatatakan, "Sejak dari "Assalamualaikum' pada tahun 2015, ianya seperti tiada rehat langsung untuk saya.
Anatomi, Rojak, Qibla dan semua projek saya yang lain sememangnya sangat memberi kepuasan, Alhamdulillah tetapi saya benar-benar sudah keletihan." Tetapi dengan adanya Qibla ini ia sebagai pemberi semangat baru saya kepada peminat. Namun beliau akan masih meneruskan seperti rentak lagu ciptaan beliau Rock, Indi, Pop. Sbab itu adalah sebahagian dari kehidupan saya sebagai pencipta lagu.
Perjalanan Faizal Tahir selama 17 tahun di dalam industri
muzik telah membuka pelbagai peluang dan jalan baru untuknya. Selain
menguruskan hal peribadi, Faizal berkata beliau akan banyak meluangkan masa
untuk mengerakkan Faithful Publishing yang ditubuhkan olehnya untuk mencari
pelapis dan mencungkil bakat baru dan bidang komposisi dan penerbitan muzik.
Bersempena dengan bulan Ramadan dan juga sebagai hadiah
terakhir", Faizal dan syarikat rakamannya Faithful Music telah melancarkan
sebuah box set berserta koleksi audio berjudul Qibla. Selain dari 3 buah lagu,
terdapat juga 10 klip audio tadabbur yang dipilih dan dibaca oleh Faizal
sendiri.
Lagu-lagu yang terdapat didalamnya adalah Aku Tanpa CintaMu 2021 bersama Mirwana, lagu baru berjudul Syahadah dan rakaman semula Ceria Aidilfitri bersama dengan Zizi Kirana dan kumpulan Darmas.
Kesemua lagu didalam koleksi : audio ini adalah merupakan kerjasama bersama Universal Music Malaysia yang bertindak sebagai pengedar. Selain dari Aku Tanpa CintaMu 2021 yang telah dilancarkan pada 9 April, lagu-lagu yang lain akan mula berada di semua pelantar muzik digital dan YouTube secara berperingkat. Peminat boleh mula mendengarkan Syahadah pada 23 April, Borak Barang Baik: Versi Tadabbur pada 29 April dan Ceria Aidilfitri pada 3 Mei secara digital.
Selain itu, box set ini juga mengandungi cenderahati istimewa seperti sampul duit raya, tasbih, kurma dan juga tudung selendang. Qibla hanya bolch didapati secara dalam talian di
: www.fai-zaltahir.com
Comments
Post a Comment