Majlis Pelancaran IKTBN Dusun Tua Sebagai Lokasi Pengambaran Rasmi " Rancangan The Mechanic Malaysia"
Hulu Langat 10 April Pihak Rancangan "The Mechanic Malaysia " dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telahg melancarkan lokasi IKTBN Dusun Tua sebagai tempat utama untuk pengambaran beberapa episod rancangan "The Mechanic Malaysia " untuk mencari pemenang dalam bidang mekanik di malaysia .
Rancangan ini diadakan adalah untuk mencari bakat dan kerjaya dalam bidang Mekanik pembaikkan di Malaysia. Lokasi Pengambaran akan dilakukan di kawasan Bengkel Kejuruteraan Berat IKTBN Dusun Tua. Pelancaran telah berjaya dilakukan oleh Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan.
Ideal ini tercetus adalah hasil dari Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, yang ingin melihat anak muda dapat bergiat aktif dalam bidang mekanik di Malaysia. Rancangan ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai orang muda berminat untuk menceburi bidang Mekanik di Malaysia .
Untuk merealisasikan Rancangan "The Mechanic Malaysia" pihak pengurusan telah bekerjasama dengan beberapa syarikat dan badan berkenaan. iaitu Kementerian Belia dan Sukan sebagai memberi kebenaran menggunakan Lokasi tempat di IKTBN Dusun Tua untuk pengambaran rancangan tersebut. Manakala Merpati event SDN BHD sebagai penaja makanan untuk peserta peserta selama rancangan ini berjalan. Rakan rakan kerjasama lain adalah Touch & Go, AMZ Studio, ILKBS, Civicas .
Disamping itu Penganjur juga telah berjaya melancarkan Kad keahlian khas "The Mechanic Malaysia " dengan kerjasama Touch n Go untuk digunakan kepada peserta serta orang ramai yang ingin mendapatkan.
Perjanjian persetujuan MOU juga telah selamat dilakukan dengan beberapa rakan kerjasama didalam pelancaran tersebut untuk merealisasikan rancangan "The Mechanic Malaysia".
Disamping itu terdapat juga gimik pelancaran untuk Product Royale Burger dimana penghantar makanan mengambil makanan yang disediakan oleh YB dimasukkan kedalam box untuk dihantar oleh penghantar makanan kepada pembeli.
Program Realiti TV "The Mechanic Malaysia" diadakan ini adalah bagi melonjakkan Pembangunan negara dalam bidang Kemahiran. Bidang yg dikenali juga sebagai TVET ini dapat menjamin kerjaya kepada peserta dalam bidang kemahiran.
Apa yang menarik rancangan ini seramai 50 oarang sahaja yang akan dipilih diperingkat akhir. Dimana rancangan realiti TV ini akan disediakan dalam 20 episod . Rancangan "The Mechanic Malaysia" akan dissiarjan dalam Stesen TV ASTRO dimana ia memiliki rating tontongan siaran tertinggi di Malaysia .Peserta yang menjadi pemenang dalam rancangan ini akan mendapat hadiah sehingga RM 1 juta ringgit , dalam bentuk pinjaman untuk pemenang meneruskan usaha membantu membina bengkel kemahiran yang mereka akan miliki.
Sebagai sokongan semoga rancangan realiti TV "The Mechanic Malaysia" akan mendapat tempat dihati rakyat Malaysia untuk sama sama menjayakan usaha ini.
Comments
Post a Comment