7 Warisan Salai Tarikan Utama Felda D’Saji Sempena Ramadan 2021 Buffet Hanya Serendah RM 38 untuk 2 orang sangat murah.
KUALA LUMPUR, 7 April: Felda D'Saji kembali dengan menawar dan menyajikan sehingga 88 menu ‘Bufet Ramadan 1442H/2021’ mulai 13 April hingga 10 Mei depan sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini. Sajian pilihan hasil ‘air tangan’ chef-chef berpengalaman disediakan di empat venue utama iaitu di Dewan Perdana Felda, D’Salai KL Anjung Felda dan di D’Saji Di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor termasuk Tempahan Korporat di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur.
Sajian pilihan hasil ‘air tangan’ chef-chef berpengalaman disediakan di empat venue utama iaitu di Dewan Perdana Felda, D’Salai KL Anjung Felda dan di D’Saji Di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor termasuk Tempahan Korporat di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur
Pelbagai hidangan Bufet Ramadan disediakan di Dewan Perdana Felda bertemakan
‘Merentasi Destinasi’ bakal menyingkap kembali nostalgia berbuka puasa di kampung
seperti Asam Pedas Daging Tetel, Opor Daging, Ayam Masak Hitam, Ayam Masak
Merah, Rendang Daging Minang, Ikan Keli Sambal Hijau, Sayur Goreng Jawa, Sambal
Tempoyak Daun Kayu, Pajeri Nenas, Set Ikan Belanak dan banyak lagi.
Di 'Kaunter D’Saji Specialty' pula dihidangkan Nasi Beriani Ayam dan Kambing Istimewa,
Daging Dendeng, Rendang Tok, Ayam Masak Madu Bombay, Ayam Percik, Isi Ikan
Harum Wangi Bunga Kantan dan Ikan Sri Banding. Tidak terhad dengan itu, menu
antarabangsa turut dihidangkan di ruangan masakan Itali ('Italian Corner') seperti Pasta
Bolognaise, Cabonara & Aglio dan juga meatball beserta ‘home made sauce’ yang
diminati golongan kanak-kanak. Di samping itu, aneka bebola seafood juga disediakan
sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Bagi memenuhi pelbagai citarasa pelanggan, Felda D'Saji juga menyediakan Roasted
Lamb (Kambing Panggang) bersama Blackpepper Brown Sauce, Mint Sauce, Chilly
Sauce, Wedges & Coleslaw. Aneka Jenis Sambal, Aneka Jenis Ulam, Aneka Jenis
Kerabu dan Pecal juga disediakan di stall yang disediakan. Bufet Ramadan Felda D'Saji
tidak lengkap tanpa aneka pencuci mulut seperti Onde Onde, Popia Basah dan Kuih
Denderam yang pastinya dinanti-nanti peminat setia Felda D’Saji saban tahun.
Ramadan Bufet Felda D’Saji di Dewan Perdana Felda turut menjanjikan kelainan dengan
kolaborasi bersama Kumpulan Nasyid Rabbani yang bakal mengiringi persembahan
nasyid secara ‘live’ dan solat terawih berjemaah pada Ramadan tahun ini. Peminat- peminat juga dapat berinteraksi bersama kumpulan nasyid nombor 1 di Malaysia ini.
Kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dan percuma, surau yang selesa di
samping kapasiti besar dewan yang besar semestinya menjanjikan satu pengalaman
bermakna di bulan Ramadan ini.
Bagi memudahkan warga Lembah Klang, Felda D’Saji juga menyediakan sajian untuk
bersahur. 11 produk terbaru ‘Ready to Eat (RTE)’ yang dipek secara sejuk beku seperti
Daging Salai Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Belimbing Buluh, Daging Salai
Masak Lemak Pegaga, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Daging Salai Masak
Lemak Mangga Muda, Itik Salai, Daging Dendeng, Rendang Daging, Rendang Ayam,
Ayam Masak Hitam dan Daging Masak Hitam. Pek-pek ini boleh dihidang hanya di dalam
masa 3 minit sahaja setelah dipanaskan. Produk boleh didapati di semua venue dan kafe
Felda D’Saji.
Felda D’Saji pada Ramadan juga memperkenalkan 4 pilihan ais krim dengan pelbagai
variasi rasa seperti vanilla, mangga, yem dan strawberry yang didatangkan bersama
tapai di setiap hidangan ais krim tersebut. Bagi penggemar durian, ais krim perisa durian
juga disediakan bagi juadah berbuka puasa. Ais Krim merupakan produk terbaru keluaran
Felda D’Saji yang mana bakal menembusi pasaran tidak lama lagi.
Pakej Bufet Ramadan di Dewan Perdana Felda pada tahun ini adalah RM78.00++ bagi
dewasa manakala kanak-kanak pula adalah RM38.00++. Pelanggan di luar sana juga
ditawar Harga Promosi dengan potongan 30% bagi 1 sehingga 3 Ramadan 1442H.
Manakala di D’Salai Anjung Felda dan D’Saji Seksyen 13 Shah Alam pula ditawarkan
pilihan Menu Set 2 orang pada kadar harga RM38.00 nett dan pilhan Menu Set 4 orang
sebanyak RM75.00 nett di samping pelbagai pilihan menu walk-in dan take away pada
kadar harga berpatutan bermula dari RM8.00 setiap menu.
Pakej Korporat juga disediakan di Dewan Merak Kayangan bagi Syarikat atau Agensi
Kerajaan yang ingin menganjurkan majlis rasmi dengan tawaran harga pakej RM48.00++
(Bufet) dan RM78.00 (Dome).
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Felda D’Saji .
Nombor hotline 019-6622525 atau
tel: 03-2693 0008 / 03-26988302
emel: salesdsaji@felda.net.my
Comments
Post a Comment