Review Filem " Detective Conan the Movie: The Scarlet Bullet" Mengujakan anda dengan adengan di dalam Keretapi Laju Jepun.


Pengenalan mengenai animasi jepun Detective Conan the Movie: The Scarlet Bullet yang akan ditayangkan di pawagan. 

 Ia mengisahkan tentang Jepun akan meraikan festival sukan terbesar dunia yang tidak dapat dilupakan WSG - World Sports Games di Tokyo. 

Pada majlis perasmian, diumumkan bahawa keretapi laju yang menggunakan Vacuum Superconducting  pertama di dunia Maglev,  dimana ia menggabungkan teknologi Jepun yang terbaik dan mempunyai kelajuan maksimum 1,000 km / sejam. Ia  akan dibuka untuk umum antara Stesen Shin-Nagoya dan Shibahama yang baru ditubuhkan Stesen di Tokyo.

 Di tengah-tengah semua gembar-gembur, eksekutif syarikat terkemuka dan yang lain diculik satu demi di pesta di mana semua penaja utama dikumpulkan pada masa itu. 

Shuichi Akai dan FBI di bawahnya diarahkan juga berada di lokasi itu , untuk memantau kejadian dari belakang tabir. Conan menyimpulkan bahawa ini ada kaitan  dengan kes penculikan WSG di bawah bidang kuasa FBI di Boston 15 tahun lalu. 

Adakah ini hanya satu kebetulan. Telah menjadi persoalan untuk anda menonton filem ini. Dimana  Apa yang akan berlaku di Jepun, apabila semua orang berkumpul dari seluruh dunia? disini.



Di dalam tayangan istimewa di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur  berkenaan Filem animasi ini. Saya menontonnya dengah penuh mengujakan. 

Apa yang menarik berkenaan Filem ini antaranya ia ada menceritakan  berkenaan bagaimana Detektif Conan yang dewasa pada masa itu dan kawan kawannya menjadi budak kecil bila diberikan ubat. 




Watak kanak kanak conan telah mencuit hati saya bila melihat bagaimana kebijaksanaan beliau untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku dalam adengan animasi ini. 




Antaranya ia menerangkan tentang sekumpulan penjenayah lampau telah cuba untuk memanipulasi acara terbesar untuk merasmikan Pengangkutan Keretapi Laju  "Vacuum Superconducting" . Pada masa itu penjenayah tersebut menyamar dan menyusun strategi untuk membunuh orang penting dalam industri keretapi ini. 




Namun dengan ketangkasan dari Detektif Conan dan rakan rakannya telah berjaya menghalang dari penjenayah tersebut untuk membunuh orang penting tersebut.  










Diawal cerita animasi ini amat perlahan namun sampai di pertengahan cerita terdapat beberapa adengan menarik yang menyebabkan anda yang menonton tidak duduk diam, antaranya rakan detektif conan yang pakar dalam menggunakan "Sniper Shot" dengan keunikkan tembakan beliau telah berjaya menembak penjenayah yang menculik Orang Penting Industri Keretapi,  sehinggalah ke akhir cerita adengan jalan cerita semakin menarik dan  ia amat begitu mengujakan saya.



 Pada masa itu keretapi bergerak dengan laju dan ia dikawal oleh penjenayah , Pada masa itu detektif Conan Telah melalui saat yang sukar kerana Keretapi laju tersebut tidak akan berhenti di stesen terakhir, dan mereka terpaksa dalam waktu yang singkat memikirkan cara untuk menyelamatkan semua orang yang berada di dalam keretapi tersebut. Sehingga disaat akhir bagaimana detektif conan berjaya menghentikan keretapi tersebut namun pelbagai rintangan dilalui termasuk keretapi yang tergelincir dari landasan sehingga melanggar stesen terakhir, Namun ia telah berjaya menyelamatkan semua orang dari saat yang genting itu.. Banyak benda baru yang belum pernah muncul dalam animasi detektif Conan ini ditunjukkan dalam satu Filem Animasi yang hebat ini. 

Untuk melihat aksi detektif conan dan rakan rakannya menyelesaikan maslah ini jangan lupa anda harus ke pawagan dengan segera untuk menyaksikan Filem Detektif Conan yang hebat ini. Anda pasti tidak akan melupakan situasi cerita yang menarik didalam filem Detective Conan the Movie: The Scarlet Bullet ini.   Pada 22 april di Pawagan GSC tertentu di seluruh Malaysia berdekatan dengan rumah anda. 

ini saya sertakan Trailer Filem Animasi ini di You Tube 





Selamat Menonton. 

 

Comments