YAYASAN BASMI KEMISKINAN MELANCARKAN SINAR KASIH RAMADHAN 2026 : PROGRAM INI BAKAL SASARAN MEMBANTU 400 KELUARGA MISKIN
KELANA JAYA, 9 Januari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah melancarkan Program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 1447H / 2026M, sebuah inisiatif tahunan yang kini memasuki tahun ke-18 sejak diperkenalkan pada 2008, bertempat di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya. Majlis pelancaran ini menandakan komitmen berterusan YBK dalam menyantuni keluarga fakir, miskin dan asnaf agar dapat menyambut Ramadan dengan lebih ceria.
Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan, diikuti ucapan aluan Tuan Hashim Anang selaku Pengacara Majlis dan bacaan doa. Program diteruskan dengan ucapan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan, dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK.
Majlis pelancaran ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu utama iaitu YBhg. Dato' Haji Mohd Khidir Majid, Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, YBrs. Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, Pengarah, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri, Universiti Sains Islam Malaysia, Tuan Haji Zainudin Dollah, Penasihat Kumpulan Eksekutif, Brahim's Dewina Group of Companies, Encik Mohd Hirwan Hassan Basri, Penolong Pengurus Hal Ehwal Islam & Hubungan Kerajaan, Mamee Double Decker Sdn. Bhd, ALPA YBK - En. Zulhairy Jalaluddin, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, En. Zainal Mohd Jais, rakan-rakan strategik korporat, komuniti, NGO, wakil media, karyawan YBK serta tetamu jemputan.
Selepas tayangan video pelancaran, majlis bergerak ke acara kemuncak iaitu sesi menandatangan Surat Persetujuan Kerjasama dengan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (Icu Jpm Selangor), Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri USIM, Brahims Dewina Group of Companies, dan Mamee-Double Decker Sdn Bhd serta penyampaian cek sumbangan, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar dan sidang media.
Sinar Kasih Ramadhan 2026 menyasarkan 400 keluarga fakir, miskin dan asnaf untuk menerima sumbangan tunai bagi keperluan berbuka puasa dan bersahur, di samping bantuan barangan asas hasil sokongan rakan strategik dan penaja korporat. Sejak tahun 2008 hingga 2025, program ini telah memberi manfaat kepada 4,071 keluarga dengan jumlah sumbangan tunai terkumpul mencecah RM1.5 juta, mencerminkan kepercayaan dan sokongan berterusan masyarakat terhadap YBK.
Program SKR bukan sekadar penyaluran bantuan, malah berfungsi sebagai platform yang “menjodohkan” pemegang taruh merangkumi penyumbang, penaja, agensi dan penerima manfaat agar bantuan dapat disampaikan secara telus, berfokus dan berimpak. YBK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terus mempercayai serta menyokong usaha murni ini.Ketika Sesi Wawancara Sidang Media yang diadakan.#BasmiKemiskinan
#BinaNegaraRahmah
#SKR2026



Comments
Post a Comment