Pelancaran Rasa Rasa ”Cookies Raya” bersama DMG Group Cetus Revolusi baru Produk Terkini Laku Habis
Gombak 9 Januari 2026 , DMG Group telah melancarkan Rasa Rasa Cookies Raya di Bangunan Mara , berdekatan Taman Batu Muda. Ia telah dihadiri oleh Kumpulan Pengurusan DMG Group, Puan Darisah binti Nasri, Mohammad Sis bin Ahmad, Puan Masnita binti Abdul Fatah, Tuan Haji Zul, Datuk Dr Hassan Saad, Pengasas & Pengerusi DMG Group Dato Sri Muhammad bin Abdul Ghani. Pengerusi Puspanita Motac Datin Yuzaira binti Yusoff, Chef Zainal Mohd Saad dan Prof Madya TS Dr Sabaianah binti Bachok selaku penasihat makanan Produk DMG Group, Jemputan Para Vvip , tetamu Kehormat dan Pengamal Media dengan kehadiran ini ia memeriahkan lagi Suasana Majlis.
Di dalam Majlis Pelancaran yang diadakan , Ia dimulakan dengan Ucapan dari Datuk Dr Hassan Saad sebagai Pengerusi DMG Food Industries Sdn Bhd, mengenai Pelancaran Rasa Rasa Cookies Raya, Produk makanan terbaru dari DMG Group, ia menerangkan bagaimana untuk bangunkan sesuatu Produk ini memerlukan gerak kerja yang lebih, dan Menyatukan semua pihak, dalam DMG Group tanpa bersatu padu produk ini tidak akan ada.
Acara Seterusnya adalah Ucapan dari Pengasas dan Pengerusi DMG Group. Dato Sri Muhammad bin Abdul Ghani, Beliau menceritakan bagaimana terlintas untuk mengeluarkan Produk ini , Adalah hasil dari perbincangan bersama semua pihak dalam DMG Group. Selaku Pengerusi beliaulah berperanan utama mengeluarkan modal dan menghasilkan Produk ini untuk dijual dipasaran dengan dibantu oleh rakan dalam DMG Group. Ucapan beliau diakhiri dengan jayanya untuk Melancarkan Produk Rasa Rasa Cookies Raya 2026.
Kemudian ucapan daripada pengerusi Pupanita Motac Datin Yuzaira binti Yusoff. Beliau mengucapkan tahniah diatas kejayaan melancarkan Produk baru ini. Ia berasaskan kebudayaan rakyat Malaysia setiap tahun untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri . Dengan adanya Produk yang dikeluarkan oleh DMG Group ini. Ia memeriahkan lagi Tahun melawat Malaysia 2026 ini. Dimana pelancong yang datang melawat Malaysia boleh merasai sendiri rasa Biskut Raya yang dibuat oleh DMG Group disamping makanan warisan Malaysia yang lain. Beliau merasakan ini saat yang terbaik untuk mempromosikan makanan yang ada di Malaysia.
Acara seterusnya adalah sesi penyerahan Dokumen dan Mou kepada tetamu kehormat sebagai rakan strategik bersama DMG Group. Iaitu :-1) Tuan Hanif bin Alias dari Lembaga Lebuhraya Malaysia.
2) Dr Zarizi Abdul Rahman dari Masmeo UiTM
3) Tuan Haji Ayub bin Abdul Majid dari Koirama
4) Tuan Mohd Shahirul Khalid bin Mohamad dari Pertubuhan PEMMAF
5) Tuan Haji Mohd Jemain bin Sakat dari Perniagaan Minda Ria
6) Puan Dayang Azrinie binti Abu Bakar dari Dayang Infinity Empire
7) Y.M Megat Hadzlie Adlan dari Pertubuhan Warisan Megat Raja
8) YTM Raja Kecil Bongsu Dato Sei Indra Engku Wan Muhamad Ikhmal
Selepas selesai kemudian diteruskan dengan sesi bergambar bersama. Sehingga majlis pun tamat.Kemudian para tetamu yang hadir dipersilakan untuk menjamu Juadah Makan dan Minum Petang. Manakala para pengamal media meneruskan Sidang Media bersama Pengerusi DMG Food Industries Sdn Bhd mengenai Produk yang baru dilancarkan.
Di dalam sidang Media , Dr Hassan Saad memberi penerangan tentang Produk Biskut Raya tersebut kepada beberapa media yang bertanya. Antaranya Harga yang akan ditawarkan adalah RM 100 untuk 4 balang Biskut Raya Pakej Golden Premium. Diantara aneka biskut raya dengan rasa yang berkualiti tinggi. Manakala ada juga Pakej Biasa yang dijual . Didalam wawancara mengenai Produk Biskut Raya ini. Ia akan ditempatkan di R&R Lebuhraya Pluss dan beberapa kedai rakan strategik bersama. Dikatakan sebelum perasmian biskut Raya ini telah ditempah lebih 1,000 Balang.
Kuantiti yang akan dikeluarkan pula adalah 10,000 balang yang akan dijual nanti dan anda berhak berpeluang mendapatkan cabutan bertuah berupa hadiah misteri yang pastinya bernilai tinggi. Pada 21 Januari ini akan diadakan Pelancaran VMP. Dr Hassan Saad berharap Produk ini berjaya di dalam pasaran. Dengan Tema Rasa rasa ”Cookies” Raya ia salah satu Produk yang menarik. Sempena juga Tahun Melawat Malaysia 2026 ini. 


Comments
Post a Comment