Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Aspirasi Trishya & Co

Kuala Lumpur 27 Julai 2024, Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Asperasi telah diadakan di Hotel Royal Chulan KL dengan dihadiri oleh ramai Tetamu terhornat dan rakan rakan media. 

Majlis Malam Asperasi ini telah mengumpulkan Antara Agen Terbaik di setiap negara, : Malaysia, Singapura, dan Indonesia.


Turut hadir dalam malam Aspirasi ini adalah pengasas  Trishya & Co , Datin Dr. Raskidah Ali, Dato’ Prof. Dr. Norbik Bashah Bin Idris, Seniwati Datin Maria Arshad, rakan/ejen niaga Trishya & Co. Serta diserikan lagi dengan dua orang penyanyi tersohor Haqiem Rusli & Fiq AF.

    

 Majlis diserikan lagi dengan nyanyian oleh Haqiem Rusli dan Fiq AF, Berapa aktiviti menarik pada malam Aspirasi itu adalah sesi "catwalk" para hadirin berjalan memasuki Dewan dengan Gaya masing masing . Meja terbaik dalam acara Catwalk ini Akan dipilih sebagai pemenang untuk mendapat hadiah istimewa dari  Trisha & Co ,Malam diserikan lagi dengan  sesi cabutan bertuah dengan pemenang bertuah mendapat hadiah emas istimewa.


Jenama Trishya & Co ini diasaskan bersama oleh Datin Dr. Raskidah Ali dan Nayli Batrishya Norbik Bashah, Jenama  Trishya & Co ini merupakan refleksi kepada gabungan identiti dan warisan budaya Malaysia melalui rekaan barangan kemas unik disamping menggalakkan literasi kewangan dalam kalangan belia.



Dengan menggabungkan elemen budaya Malaysia dalam setiap rekaan, Trishya & Co dengan tema tersendiri "Where Passion Meets Precision, Adorn Yourself in Artisanal Jewels,” pastinya Akan mendapat tempat dihati pelanggan dengan beberapa rekaan yang cantik & berkualiti tinggi. 


Koleksi ikonik Trishya & Co, “Links of Malaysia (LOM),” menampilkan loket pesona yang diinspirasikan daripada makanan tempatan dan simbol budaya, seperti bahulu, kuih lapis, durian, wau bulan, dan gong.Ini adalah Salah satu rekaan yang mengangkat martabat ikonik yang selalu dilihat di Malaysia di persada antarabangsa supaya lebih ramai akan tertarik dengan budaya & seni yang ada di Malaysia. Disamping memperkenalkan nama Malaysia.



 Trishya & Co juga telah memperkenalkan pelan perniagaan simpanan emas yang disasarkan kepada golongan belia. Disamping memupuk budaya menabung dan kesedaran kewangan, inisiatif ini menggalakkan pelaburan emas dilakukan secara bijak.



Dengan pilihan tawaran tempahan bermula serendah RM200 dalam tempoh simpanan antara enam hingga dua belas bulan, pelan ini membolehkan pelanggan beransur-ansur mengumpul barangan kemas emas dan memiliknya selepas tamat tempoh simpanan, menjadikannya pilihan pelaburan yang mudah diakses. Salah satu usaha supaya ramai orang dapat menyimpan Emas untuk masa depan. 



Syarikat jenama Trishya & Co telah dianugerahkan gelaran ‘Custom-Made Jewellery Brand of The Year 2023’ di Anugerah IDEA (Islamic Distinguished Entrepreneur), baru baru ini , ia adalah satu pengiktirafan terhadap  hasil  inovasi dan kreativiti yang luar biasa yang Ada dari penghasilan rekabentuk unik ,ikonik, Dan kualiti dari segi pengurusan dan manfaat Produk. 



Koleksi Terbaru: 9KJ by Trishya & Co (9K Jewellery) Meneruskan kesinambungan, terkini Trishya & Co melancarkan produk terbaru mereka yang dikenali sebagai 9KJ by Trishya & Co (9K Jewellery).


Malam Aspirasi Dan pelancaran Koleksi Terbaru 9KJ by Trishya & Co telah membuka lebaran baru untuk Jenama Trishya & Co pergi lebih jauh lagi dan Bakal akan bersaing dengan Produk Emas di Peringkat antarabangsa , Ia adalah satu permulaan yang cantik untuk mengorak langkah di masa hadapan.


Comments