KPF LAKSANA PELAN PENSTRUKTURAN SemULA aset BerniLal rM4 BILLION, TANGANI ISU JUALAN SAHAM ANGGOTA DALAM MASA 6 KE-9 BULAN
KUALA LUMPUR, 17 Julai 2024 - Seperti yang telah diumumkan oleh Pengerusi FELDA, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-43 Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) baru-baru ini, isu jualan saham KPF akan diselesaikan dalam masa enam hingga sembilan bulan. Anggota KPF yang belum menerima hasil jualan saham akan menerimanya dalam tempoh tersebut.

Justeru itu, KPF kini sedang dan akan melaksanakan pelan penstrukturan semula aset bernilai RM4 billion untuk memenuhi keperluan tunai semasa dan merancang pendapatan mampan untuk jangka masa panjang. Pelbagai inisiatif dan strategi yang sedang dan akanı diaksanakan ini adalah untuk memastikan koperasi ini kekal relevan sekaligus mernast.ik3a ceiaburan anggotanya dan juga peneroka Felda diletakkan dalam aset peiaburar yang at riexber pulangan yang mampan serta kadar dividen yang lebih baik.
Pelan tindakan utama yang sedang dilakukan adalah mengenal pasti dan trenesekan asst yang tidak mnenjana pulangan yang sepatutnya, penjualan ladang KPF Samiarahan, penstrukturan semula pelaburan korporat dalam anak syarikat kumpu!an Felda dengan sokongan FELDA, mengenal pasti peranan KPF dan peluang perniagaan dalam Kumpulan FELDA, dan memastikan kepentingan KPF dalam kitaran ekonomi ekosistem Kumpulan FELDA
Sehubungan dengan pelan ini, KPF berharap akan mencapai beberapa sasaran hasil iaitu isu aliran tunai dapat diselesaikan ; urusniaga syer anggota dapat diuruskan selari dengan peraturan koperasi; struktur keseluruhan ekuiti 10 syarikat Kumpulan FGV dan ekuiti Malaysia Holdings Berhad (MSM) distruktur dan dinilai semula supaya dapat menjana pulangan yang konsisten kepada KPF perniagaan dalam ekosistem FELDA seperti Buah Tandan Segar (BTS) dan Pusat Memungut Sawit (PMS) dapat memberi sumbangan kepada bayaran dividen; dan aset pelaburan dan aktiviti perniagaan luar yang mampan dan berdaya saing serta menjana pulangan yang konsisten.
Comments
Post a Comment