"KING OF PLOT TWIST" SYAFIQ YUSOF SEKALI LAGI MENGEJUTKAN PEMINAT MENERUSI FILEM SHERIFF AKSI YANG MEMUKAU DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN
Filem :
Sheriff
Pengarah:
Syafiq Yusof
Aksi Thriller / Psychology
Pelakon:
Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato' Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan lain lain
Penerbit:
Skop Production & Astro Show
Terbitan:
Skop Production & Astro Show
Pengedar:
Astro Show
Saluran:
Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia
Tarikh Tayangan:
18 April 2024
Sinopsis:
Filem Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
Ulasan :
Filem Sheriff yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara merupakan sentuhan terbaru pengarah filem aksi box office nombor satu Malaysia, Polis Evo 3, iaitu Syafiq Yusof. Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April 2024
Syafiq yang dilabel sebagai ‘King of Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki dan persoalan. Turut sama memberi ucapan adalah Presiden Astro Show & Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja Arsyad.
Watak-watak di dalam filem Sheriff digerakkan oleh barisan pelakon hebat tempatan seperti, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi. Zul Ariffin menyerlahkan sisi berbezanya menerusi watak Sheriffudin Hussein, di mana penonton akan mengalami pelbagai konflik emosi sehingga menimbulkan perasaan ‘love-hate’ terhadap karakter ini.
Selain itu, Sheriff turut mempersembahkan babak-babak aksi memukau di antara Zul Ariffin, Dato’ Aaron Aziz dan Syafiq Kyle, serta penampilan pertama Azira Shafinaz sebagai Inspektor Polis yang beraksi lasak apabila berdepan dengan Elizabeth Tan.
Jangan lupa Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan Xtwitter. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff. Filem Sherif akan ditayangkan di Pawagam Seluruh Malaysia Pada :
18 April 2024
Rating 10/10
Trailer Filem Sheriff di You Tube
Comments
Post a Comment