Gabungan dan keahlian yang terbaik dalam DPPPM-WC lancar Kerjasama Antara Malaysia - Wuxi, China bakal pertingkatkan Pelaburan dan ekonomi kedua negara.

Kuala Lumpur, 30 April 2024 Dewan Perniagaan Perindustrian Dan Pelaburan Malaysia- Wuxi China(DPPPM-WC) telah mengadakan pengumuman rasmi dan Perasmian  pada 30 April 2024, di NQ Cultural Commercial Sdn Bhd, Dalam satu majlis menandatangani mou penting di dalam bilik yang diadakan. Acara itu menghimpunkan individu daripada pelbagai sektor dari komuniti, perniagaan dan wakil media untuk menyaksikan majlis tersebut. 


Dalam majlis menandatangani pelantikan rasmi, ia ditandatangani oleh Dr. Mazlan Goh Bin Ahmad Goh, selaku pengerusi yang mewakili Lembaga Pengarah Dewan,  dan  Dr. Liu Jun.  Sijil pelantikan yang dikeluarkan kepada Dr. Liu Jun ketika itu, secara rasmi telah melantiknya sebagai Presiden DPPPM-WC. Perlantikan penting ini Melambangkan pembangunan fasa baharu untuk Dewan. Selain itu ia sebagai Majlis pelantikan ahli utama.  Dr. Liu Jun dalam kapasitinya sebagai Presiden Dewan, secara peribadi telah mengeluarkan sijil pelantikan kepada ahli utama Dewan Cik Youya, yang akan berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif dan ahli Pengurusan Projek merangkap Ketua Setiausaha. Manakala Cik Qi Linlin, akan dilantik berkhidmat sebagai Penasihat Hubungan Persahabatan China-Malaysia. Detik ini bukan sahaja melambangkan permulaan lembaran baharu bagi DPPPM-WC tetapi juga mengukuhkan kerjasama akrab antara Negara Malaysia  dan China. Acara ini bukan sahaja memberi peluang untuk berkomunikasi dan persefahaman dalam Dewan tetapi juga menandakan detik penting untuk meneroka kerjasama yang lebih luas di pasaran antarabangsa . 


Pengerusi Dewan, Dr Mazlan Goh menyatakan hasrat sebagai duta yang dilantik untuk pertukaran persahabatan antara Wuxi, China dan Malaysia ini.  Ia adalah satu penghormatan penting dari rakyat Kota Wuxi ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan beliau,  tetapi ia juga dapat mengeratkan lagi kerjasama akrab antara kedua-dua negara. Beliau memulakan penubuhan Dewan ini pada awal September 2023 lagi untuk persiapan awal Dewan ini  dengan Dr. Liu Jun. Ia  merencana untuk menggalakkan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak  dalam pelbagai bidang seperti teknologi,  pendidikan, budaya, perdagangan, ekonomi, belia dan sukan.


Sebagai pemimpin tertinggi utama dan pengasas bersama dalam DPPPM-WC , Dr. Mazlan Goh dan Dr. Liu Jun akan memainkan peranan penting dalam hubungan keakraban ini. Dimana Dr. Mazlan Goh akan memberi tumpuan untuk menghubungkan Dewan dengan hubungan utama dalam kerajaan Malaysia, mewujudkan dan mengekalkan hubungan rasmi antara Dewan dikalangan pelbagai jabatan kerajaan Malaysia, serta menyelaraskan hal ehwal awam lain Dewan.  Dr. Liu Jun pula, memanfaatkan pencapaian cemerlangnya dan pengalaman yang hebat dalam bidang perniagaan, disamping menjadi penghubung utama antara Dewan dengan pelbagai peringkat kerajaan di China. Ia adalah salah satu kombinasi yang terbaik diwujudkan untuk memudahkan dan membantu pelbagai urusan dan projek yang akan datang. 


Ia juga dapat mewujudkan dan mengekalkan rangkaian hubungan kerajaan yang kukuh, mewakili Dewan dalam mesyuarat dengan pegawai kerajaan China, membincangkan projek kerjasama, dan meneroka peluang baharu melalui Dr. Liu Jun bukan sahaja perintis dalam teknologi fizik sinar-X dalam sektor teknologi tinggi di China. Tetapi Dr. Liu Jun juga memegang jawatan kepimpinan dalam beberapa organisasi penting, termasuk :- 

1) ahli Jawatankuasa Wilayah Jiangsu bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China  

2) ahli Jawatankuasa Perbandaran Wuxi bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China

3) Naib Pengerusi Persatuan Industri Peralatan Khas Elektronik China 

4) Pengerusi Persatuan Wuxi Specialized, Refined, Specialized, dan New Enterprises Alliance, 

5) Presiden Persatuan Promosi Industri Peralatan Tertinggi Wuxi, Pengerusi Perikatan Industri "Double Bay" Peralatan Pintar China,

6) Pengerusi Jawatankuasa Profesional SMT Persatuan Elektronik Jiangsu.


Selain itu, Dr. Liu Jun ialah pengasas dan pengerusi syarikat tersenarai China, Unicomp Technology. Pada 25 April, majlis perasmian pangkalan pengeluaran Unicomp Technology pertama di luar negara, iaitu Ray Tech (Malaysia), telah diadakan di Johor, Malaysia. Ini menandakan permulaan pengeluaran rasmi pangkalan pengeluaran Unicomp Technology yang pertama di luar negara, berjaya mengembangkan syarikat itu ke pasaran antarabangsa.


Selama lebih sepuluh tahun, Dr. Liu Jun telah berdedikasi untuk berkhidmat sebagai pesuruhjaya meransang pelaburan bagi kerajaan China dan mampu menarik lebih banyak perusahaan swasta untuk berada dan melabur di China. Visi DPPPM-WC adalah untuk mewujudkan "platform" yang berkait rapat, saling menguntungkan untuk integriti perniagaan, komunikasi dan pertukaran antara China dan Malaysia.



Ia juga dapat mempromosikan kemakmuran  dan pembangunan ekonomi kedua-dua negara dengan lebih kukuh. Dengan pengalamannya yang hebat serta mempunyai jaringan rangkaian yang luas, Dr. Liu Jun akan secara aktif akan dapat mempromosikan pelbagai projek kerjasama dewan dan menyumbang kepada pertukaran hubungan kerjasama antara China dan Malaysia.




Kejayaan mengadakan majlis pengumuman rasmi Dewan Perniagaan Perindustrian Dan Pelaburan Malaysia-Wuxi China dan majlis Perasmian presiden bukan sahaja menandakan peringkat baharu pembangunan bagi DPPPM-WC itu tetapi juga menyuntik semangat dan momentum baharu ke dalam kerjasama akrab antara Malaysia dan China. 





Comments