Anita Bersama Meraikan Anak - Anak Yatim Tahfiz Sempena Bulan Ramadhan dengan Memberi Sumbangan.

Kuala Lumpur Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Anita Entertainment & Productions dan Restoran Kari kepala Ikan Utara mengambil inisiatif menganjurkan Majlis iftar Ramadhan bersama Anak Anak yatim dari Pusat Tahfiz Anak Anak Yatim Dinul Hayah dari Kuala Pilah , Negeri Sembilan. 

Majlis di adakan di  Restoran  Kari  Kepala  Ikan Utara di Lokasi : Off Jalan Sungai Besi , KL ini menyantuni Anak Anak Yatim Tahfiz  seramai 20 orang. Dismping itu turut memberi sumbangan Ramadhan yang disampaikan oleh Pemilik Restoran Mr Ken Chia &  Encik Adam kepada Anak Anak Yatim serta  Veteran Seni Tanahair yang hadir. Antaranya Penerbit dan Pelakon Puan Hajjah Khatijah Abu Hassan


Acara ini juga mendapat tajaan khas kerjasama oleh pemilik Restoran Kari Kepala Ikan Utara oleh Chef Adam & Mr.Ken Chia  untuk meraikan bagi menyemarakkan suasana di bulan  Ramadhan Al Mubarak ini. 


Antara selebriti yang hadir turut bersama memeriahkan majlis iftar ramadhan ini  ialah Rozita Rohaizat , Juril Duta , Joselynn Chew ,Puan Hajjah Khatijah Abu Hassan , Azura Aziz dan lain lainnya.Turut Hadir memberi sokongan meraikan Anak Anak Yatim ini ialah Kumpulan Bikers dari CBX Southern.


Semoga Ramadhan ini memberi makna dengan kehadiran Anak Anak Yatim yang di Raikan oleh semua yang hadir khasnya melalui Majlis yang di sumbangkan oleh Mr Ken Chia dari Restoran Kari Kepala Ikan Utara. Puan Anita juga sempat mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan dan Selamat Hari Raya yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. 


Video Ucapan Selamat Hari Raya Bersama Anak Yatim di Restoran Kari Kepala Ikan




Comments