Rosyam Noor Lancarkan Pasaraya Keenam beliau ST Rosyam Mart untuk Warga Semenyih Hulu Langat, Dengan Pesta Pembukaan selama 6 Hari .
Semenyih 26 Mac 2024, Perasmian Pebukaan Pasaraya keenam Rosyam Mart berjaya dilancarkan dengan kehadiran lebih Ribuan Orang yang hadir. Dengan dibukanya pasaraya Rosyam Mart yang keenam , Rosyam Mart turut meraikan dengan Pesta 6 hari untuk pengunjung yang hadir dengan harga yang begitu murah. Memasuki tahun keenam beroperasi, rangkaian pasar raya terkemuka ST Rosyam Mart terus mengukuhkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan keenamnya di Semenyih, Selangor.
Sempena majlis perasmiannya hari ini, telah menjadi simbolik untuk setiap kali pembukaan cawangan terbaharu, ST Rosyam Mart menawarkan diskaun hebat tidak masuk akal. Dengan Ayam berharga Hanya RM 0. 88 Sen untuk 1000 orang terawal , Ia menarik lebih pengunjung sejak dari awal berada disana sebelum pembukaan lagi menunggu.
Justeru, untuk menikmati ganjaran dan promosi ditawarkan, para pelanggan terlebih dahulu harus mendaftar bagi mendapatkan ST Card, kemudian barulah layak menebus diskaun yang ada. Terdapat banyak kaunter pendaftaran kepada pengunjung untuk memudahkan supaya tidak beratur lama.
Lazimnya setiap kali cawangan baharu dibuka, harga serendah 8 sen ditawarkan kepada semua pelanggan sepanjang tempoh pesta pembukaan diadakan. Anda boleh dapatkan Air tin Coca Cola dengan harga 8 sen sahaja.
Lebih menarik, jenama pasar raya tersebut sentiasa mengadakan kempen promosi pada setiap bulan di kesemua enam cawangan yang beroperasi 24 jam sehari. Dengan tema berbelanja di Rosyam Mart Dompet abang selamat.
Menyentuh tentang premis terkini ST Rosyam Mart Semenyih, ia meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi yang dilengkapi tempat parkir untuk kemudahan para pelanggan.
Bukan itu sahaja, ST Rosyam Mart turut memberi peluang kepada para selebriti tempatan untuk berniaga dengan menyediakan sudut khas buat mereka menjual produk masing-masing. Sudut berkenaan dikenali sebagai "Celebrity Corner".
Antara selebriti tempatan yang mengambil bahagian di "Celebrity Corner" ialah Wak Doyok, Tyzo Xander, Prince Syed, Shah THR, Suki Low, Ako Mustafa, Angah Raja Lawak, Munif Hijjaz, Azza Elite, Asmidar dan pengarah Rashid Sibir.
Pasaraya Rosyam Mart cawangan Semenyih dengan berbekalkan tenaga seramai hampir 300 kakitangan, ST Rosyam Mart bersiap sedia memberikan 19 perkhidmatan percuma kepada para pelanggan setia pasar raya berkenaan. Didalam ucapan YB Mohd Sany juga ia membantu ekonomi dan penduduk Semenyih untuk peluang pekerjaan. Dengan kehadiran beribu orang semasa perasmian tersebut ia membuktikan Pasaraya Rosyam Mart mempunyai tarikan tersendiri. Untuk Promosi Bermula 26 Mac 2024 pada pukul 9.30 malam berlangsungnya pesta pembukaan selama enam hari enam malam sehingga 31 Mac depan jangan lepaskan peluang berkunjung di Pasaraya Rosyam Mart.
Comments
Post a Comment