Filem "First Wives" Kisah Konflik Rumahtangga Kekuatan Wanita Sebagai Isteri Pertama




 Filem : 

"First Wives"

 

Pengarah:

Imri Nasution


 Genre:

Drama 

 

Pelakon:

Mimi Lana - sebagai / as Diyana

Melissa Campbell - sebagai / as Michelle

Charles Roberts - sebagai / as Roshan

Malek McCrone -  sebagai / as Azzim

Andy Teh - sebagai / as Toa Seng

Carmen Soo -  Sebagai / as Amber

Sathisvaran - sebagai / as Satya

Theeban G - sebagai / as Inspektor Shahlen

Zeera Azizi - sebagai  / as Izzaty


Skrip : 

Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali, Dee Peter

 

Penerbit Eksekutif :

Raja Jastina Raja Arshad


Penerbit : 

Gayatri Su-Lin Pillai


Terbitan:

Astro Shaw

 
Saluran:

Astro Shaw

 

Tarikh Tayangan di Astro Premeir & On Demand:

Tarikh belum ditetapkan Tahun 2024

 



Sinopsis:

First Wives adalah Kisah kehidupan Diyana dan Michelle, dua orang sahabat yang Akrab sejak dari  kecil yang sedang mengalami masalah rumah tangga. Diyana membongkar rahsia suaminya yang telah berkahwin untuk kali kedua, manakala Michelle diugut oleh Ahlong apabila suaminya kalah berjudi menggunakan duit simpanan mereka berdua. Walaupun ia satu kisah berlainan hidup.  Tetapi ada persamaan lain di dalam konflik kisah rumahtangga mereka ini. Michelle dan Diyana Akan terus menyelesaikan masalah bersama dalam menghadapi cabaran kehidupan. 


 

Apabila Diyana mengetahui Sahabat baiknya Michelle terancam dan mahu membalas dendam, Diyana mencadangkan untuk mencuri duit daripada perniagaan pasar raya suaminya Azzimart untuk membantu membayar hutang Michelle. Namun rancangan mereka tidak berjaya apabila mereka ditangkap. Rancangan rompakan mereka telah mendedahkan perniagaan pelaburan wang haram Azzim dan membahayakan nyawa mereka semua.



Apakah yang akan terjadi kepada mereka semua . Jadi anda perlu saksikan Drama ini yang akan ditayangkan di Astro Premeir & On Demand. Untuk Pelanggan Astro Drama ini amat menarik untuk ditonton dirumah mahupun dimana anda berada dengan Aplikasi Astro On Demand . 



Ulasan:


Didalam wawancara bersama Melissa Campbell yang memegang watak sebagai Michelle. Didalam keadaan mengandung beliau tetap terus berkerja keras untuk melakonkan watak dalam Drama ini dengan amat baik. Beliau juga melakonkan watak dengan banyak bertutur dalam Dialog Bahasa Melayu . Didalam wawancara walaupun keadaan beliau yang sarat mengandung . Beliau tetap juga dapat menghabiskan masa selama 40 hari pengambaran dilakukan. Lokasi pengambaran banyak dilakukan di Lembah Klang. Beliau berpuas hati memegang watak seorang isteri yang cekal bersama Pelakon Mimi lana banyak membantu beliau. Disamping itu juga beliau gembira dan tidak sabar untuk menimang Cahaya Mata . Drama ini adalah lakonan yang terbaik dilakukan beliau. Semoga ia memberi kepuasan kepada penonton untuk menyaksikan setiap episod dalam drama ini. 


Comments