Pelancaran Karnival Meriahnya Raya bersama PKNS & Datuk Rosyam Nor

11 Mac 2024, Kuala Lumpur - Masyarakat sekitar Lembah Klang berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan raya, daripada Usahawan PKNS sempena 'Karnival Meriahnya Raya bersama PKNS", yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS (BPU) dengan kerjasama Datum corp International Sdn. Bhd.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena karnival ini seperti "Meet & Greet" bersama Duta Usahawan PKNS laitu Dato Rosyam Nor, pertunjukan fesyen dari pereka fesyen Usahawan BizClub PKNS, sesi jualan dengan harga yang berpatutan, ruangan foto keluarga serta aktiviti buskers pada setiap hujung minggu dan persembahan pentas sepanjang karnival ini berlangsung.



Usahawan PKNS yang terlibat sebagai pempamer adalah dari kategori pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Songkok & Sampin, barangan hiasan raya, kuih dan kerepek raya.


Dijangkakan hampir 5000 pengunjung yang akan hadir sepanjang karnival ini." Karnival in member peluang kepada usahawan 'start-up" bagi mempromosikan produk mereka, disamping meluaskan hubungan perniagaan melalui pendekatan jaringan perniagaan (business networking) secara fizikal dan perniagan atas talian (Online). Selain promosi barangan, data maklumat pelanggan juga dapat dikumpulkan dari pengunjung yang hadir untuk strategi pemasaran yang lebih efektif. " Kata Puan Yuzawati Binti Yusof, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS.


" Karnival in memberi peluang kepada usahawan 'start-up" bagi mempromosikan produk mereka, disamping meluaskan hubungan perniagaan melalui pendekatan jaringan perniagaan (business networking) secara fizikal dan perniagan atas talian (Online). Selain promosi barangan, data maklumat pelanggan juga dapat dikumpulkan dari pengunjung yang hadir untuk strategi pemasaran yang lebih efektif. " Kata Puan Yuzawati Binti Yusof, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS.



Pusat Membeli-Belah Datum Jelatek (DJSC) adalah lokasi karnival yang bakal menjadi tumpuan umum kerana kemudahan fasiliti yang disediakan seperti ruang parkir yang luas dengan bayaran hanya rm 1. Pengunjung juga boleh menggunakan pengangkutan awam seperti LRT yang menghubungkan terus stesen LRT Jelatek ke Datum Jelatek.




Menurut Tengku Khairil Azwan, Pegawai Pemantau Operasi Datum corp International Sdn Bhd (DCI), " Karnival ini boleh menjadi acara tahunan bagi memeriahkan suasana bulan ramadan dan raya di Datum Jelatek dengan himpunan produk barangan keperluan raya dari Usahawan PKNS.Pastinya acara seperti ini dapat membantu komuniti setempat dalam mendapatan barangan persiapan raya disamping promosi dan diskaun harga yang menarik.



Mengenai PKNS 

Perbadanan Kemajuan Neger Selangor (PKNS) adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor vang ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemaiüan Negeri Selangor 1964. PKNS adalah agensi pembangunan negeri Selangor bagi kemajuan dan penyelesaian. teknologi dalam pelbagai bidang meliputi hartanah, usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), taman industri, alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui, hospitaliti serta penjagaan kesihatan. Sebagai sebuah agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk memangkin pertumbuhan sosioekonomi demi kesejahteraan rakyat neger Selangor, PKNS bukan sahaja berkhidmat untuk para pemegang taruh tetapi bagi semua lapisan masyarakat di Selangor, selaras dengan slogannya "Kemajuan Untuk Rakyat" yang menjadi amalan seluruh warga PKNS.



Untuk makluman DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI), adalah sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ianya telah dirasmikan ole DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor pada 10hb Disember 2022. Datum Jelatek Shopping Centre dibuka kepada umum sejak 26hb November 2022.





Comments