Kalaborasi Syarikat Rakaman RUSA & MVM Melancarkan Lagu Terbaru Haikal Farid Pujaan Hati dan Qistina Khaled Benci Tapi Rindu

 

Bandar Sunway 15 Disember 2022 Lambakkan bakat baru yang tumbuh bagai cendawan di 

arena muzik tempatan kini sedikit sebanyak memberi saingan yang sihat di antara penggiat 

seni yang masih aktif dalam bidang ini. Tahun 2022 syarikat rakaman RUSA Music & MVM 

Music yang popular dengan menengahkan bakat dari penyanyi baharu yang berpotensi 

seperti  Haikal Farid & Qistina Khaled telah mendapat respon positif dari pendengar muzik 

tempatan  menerusi single terbaru mereka. Qistina Khaled & Haikal Farid juga dipilih 

sebagai figura  utama bagi kolaborasi sulung di antara syarikat rakaman RUSA & MVM 

bersama universiti  terkemuka Sunway Universiti menerusi program pelancaran single 

terbaru mereka.






Haikal Farid pula muncul dengan Lagu terbaru Pujaan Hati dimana ia menarik 

ramai view menontonnya di you tube.





Bercakap mengenai langkah kerjaya seni Haikal Farid yang pernah mencuri tumpuan dari

penampilan di kaca televisyen melalui episod Immortal Songs bagi artis M Nasir dan berjaya

mendapat tempat kedua dalam episod tersebut. Terdahulu single pertama beliau bersama 

Asfan Shah, telah membuka peluang haikal bekerja keras untuk memahat nama dalam 

industri seni sejak 5 tahun lalu. Terbaru, beliau tampil dengan single Pujaan hasil ciptaan 

komposer berbakat Nash Kim yang juga merupakan kolaborasi sulung beliau bersama 

komposer ini. Haikal juga untuk rekod pernah bekerjasama bersama penyanyi Indonesia, 

Weswey menerusi single ciptaan maestro muzik terkenal

Aubrey Suwito pada tahun 2021 menerusi single Perihal Dirimu.



Bakat baharu Qistina Khaled yang harus diberi tumpuan seterusnya tampil dengan single

sulung yang juga merupakan OST bagi drama Pak Mat Clan, berjudul Benci Benci Tapi 

Rindu hasil ciptaan Jawasuki M.A.O dan beliau sendiri. Qistina yang merupakan artis 

naungan MVM Music telah terlebih dahulu memulakan karier beliau sebagai pelakon 

sejak 4 tahun yang lalu dan karier nyanyian pula, Qistina pernah menyertai program 

nyanyian Ceria Megastar Ministar anjuran Astro Ceria pada tahun 2019.

 Terdahulu sebelum beliau mengeluarkan single ini, Qistina pernah viral di sosial media

akibat insiden langgar lari kereta di pusat bandar, dimana video tersebut pernah 

memasuki Top 10 video viral ditonton di YouTube Malaysia pada November yang lalu




Beliau bersama dengan media di University Sunway Malaysia telah melancarkan "single 

Terbaru Beliau dimana ia juga adalah lagu OST yang viral di You Tube MVM berjudul 

Benci - Benci Tapi Rindu . Dimana ia mendapat view tontonan yang tinggi di You Tube.




Sambil itu beliau menyanyikan dihadapan tetamu , pengamal media dan influcer yang hadir.
Dengan persembahan lagu single terbaru beliau benci benci tapi rindu. 




Secara kebetulan semalam juga merupakan Hari jadi Beliau dan disambut bersama yang 
hadir dalam acara tersebut dengan meriah sambil menyanyikan hari ulang tahun beliau .



Turut hadir juga adalah para para influcer Tik Tok ,Instafamous dan pelbagai lagi turut 
hadir memberi sokongan bersama pelancaran Single terbaru mereka .

Kedua single Pujaan & Benci Benci Tapi Rindu kini boleh didengarkan di semua pelantar

digital muzik termasuk Muzik Video di YouTube Rusa Music. Akhir sekali, seperti mana 

semua single sebelum ini, diharap karya mereka juga ini akan mendapat sokongan semua 

pihak media & radio tempatan. 


Video klip Lagu Haikal Farid Pujaan hati di You Tube

Video klip Lagu Qistina khaled Benci - Benci  Tapi rindu di You Tube


Segala info terkini boleh didapati melalui laman 


Instagram 

@haikalfarid , 

@qistinakhaled ,

@rusamusic

 @mvmproduction


 Tanda Pagar 

#Pujaan

 #BenciBenciTapiRindu




Comments